the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bomba Kelantan urus pengebumian 262 jenazah pesakit Covid-19, sejak Mac tahun lepas

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan telah mengendalikan sebanyak 262 pengebumian jenazah pesakit Covid-19 sejak Mac tahun lepas hingga semalam, kata pengarahnya Zainal Madasin.

Beliau berkata dari Januari hingga semalam (8 Jun), Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) JBPM Kelantan itu telah menguruskan pengebumian 250 jenazah pesakit Covid-19 di negeri berkenaan.

“Dalam satu hari, pengebumian paling ramai yang dikendalikan HAZMAT adalah 10 jenazah dan paling sedikit sekitar empat atau lima jenazah pesakit Covid-19,“ katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan operasi sanitasi di pejabat media, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zainal berkata pihaknya akan terus membantu mengurus pengebumian jenazah pesakit Covid-19 atas dasar keinsafan, kebersamaan serta tanggungjawab terhadap semua pihak terutamanya kepada pewaris dan keluarga mangsa Covid-19.

“Ini adalah tanggunjawab dan keinsafan kita kerana apabila hendak diserahkan jenazah kepada waris, mereka pun berasa risau bagaimana hendak menguruskan pengebumian. Maka, kita akan terus membantu,“ katanya.

Mengenai operasi sanitasi di seluruh Kelantan, Zainal berkata sejak Mac tahun lepas hingga kini, JBPM Kelantan telah melaksanakan sanitasi di 2,127 kawasan termasuk premis pasar raya dan pusat beli-belah.

Sementara itu, beliau berkata JBPM Kelantan hari ini turut melancarkan panduan dalam meningkatkan pengetahuan orang ramai berkenaan kaedah disinfeksi, menerusi YouTube menerusi pautan https://www.youtube.com/watch?v=y3dscPxXzSw.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings