Thursday, November 6, 2025
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Program kenegaraan, patriotik catat keberkesanan 91 peratus

The Sun Webdesk

Kajian Jabatan Penerangan menunjukkan program kenegaraan dan patriotik Kementerian Komunikasi mencapai tahap keberkesanan 91 peratus dalam kalangan rakyat.

KUALA LUMPUR: Keberkesanan program kenegaraan dan patriotik anjuran Kementerian Komunikasi berada pada tahap tinggi sekali gus mencerminkan keberhasilan usaha memperkukuh semangat kecintaan kepada negara dalam kalangan rakyat, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Jabatan Penerangan (JAPEN) selaku agensi peneraju telah melaksanakan kajian melibatkan 5,044 responden daripada pelbagai latar belakang, kaum dan peringkat umur dengan hasil dapatan menunjukkan keberkesanan program pada tahap 91 peratus atau bersamaan 4.55 pada Skala Likert.

“Keseluruhan analisis yang dilaksanakan menunjukkan program-program yang dianjurkan sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bukan sahaja berjaya meningkatkan kesedaran kenegaraan dan semangat patriotisme malah menyemai rasa bangga serta sayang kepada tanah air merentasi pelbagai lapisan masyarakat,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) mengenai sejauh mana keberkesanan program Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang dalam meningkatkan semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyat pelbagai kaum serta agama.

Fahmi berkata penganjuran Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lepas menyaksikan kehadiran lebih 100,000 pengunjung di Putrajaya termasuk mereka yang berkhemah serta bermalam lebih awal di Presint 2 dan 3 sebagai tanda sokongan.

Bagaimanapun, beliau berkata semangat patriotisme tidak wajar hanya dizahirkan pada bulan Ogos dan September sebaliknya perlu diterapkan secara berterusan dalam kehidupan seharian.

Justeru, Fahmi berkata JAPEN telah memperkenal pelbagai inisiatif sepanjang tahun antaranya program Info on Wheels (IOW), Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) secara modular, pengisian patriotik di sekolah dan institusi pengajian tinggi serta pembangunan kandungan digital patriotik bagi mendekati kumpulan belia.

Menjawab soalan tambahan Wan Hassan mengenai insiden pemasangan bendera terbalik dan kesilapan visual Jalur Gemilang termasuk penghasilan imej berasaskan kecerdasan buatan (AI), Fahmi berkata ia berpunca daripada kecuaian aspek mekanikal yang perlu diperbaiki bersama.

“Mungkin prompt yang dimasukkan dan penghasilan gambar itu perlu diperbaiki, dan di peringkat komuniti pula, memang sebelum ini kita ada siri penjelasan, penerangan dan modul,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) berhubung tahap patriotisme dalam kalangan Generasi Z dan Alpha, Fahmi berkata pendekatan penyampaian perlu disesuaikan mengikut gaya mereka seperti bahasa yang digunakan, tabiat media dan cara mereka menerima maklumat.

“Saya rasa ini antara perkara yang mungkin kita perlu kita teliti. Mereka mungkin tidak lagi membaca surat khabar, mereka banyak berada di media sosial dan mungkin kita kena ke arah media sosial untuk menyampaikan mesej-mesej seperti ini,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

New Balance opens first Run Hub in Southeast Asia at Suria KLCC

New Balance has officially opened its first-ever Run Hub in Southeast Asia at Suria KLCC, Kuala Lumpur — a landmark space dedicated to running, community, and connection. Inspired by the success of its Run Hubs in Japan and China, the KLCC edition brings the same runner-focused concept to the region, blending performance, accessibility, and community spirit. According to Brittany Melrose, Regional Head of Running & Sports Marketing for New Balance, the Run Hub aims to be “a beacon for runners of all levels,” fostering passion and inclusivity within Malaysia’s vibrant running scene. The Run Hub offers runners a complete experience — from storing belongings before a run to testing New Balance performance shoes around KLCC Park. Inside, a 3D foot scanning station provides detailed insights and shoe recommendations tailored to each runner’s stride. The open, welcoming design encourages flow between preparation and interaction, reinforcing New Balance’s belief that running is as much about people as performance.

Alfa Romeo set to return to Malaysia with Stelvio and Tonale

After years of absence, Italian automaker Alfa Romeo is gearing up for an official comeback in Malaysia. The brand, long admired for its blend of performance, design, and unmistakable Italian flair, is set to re-enter the local market under a new boutique-style business model backed by parent company Stellantis. Stellantis ASEAN Managing Director Isaac Yeo confirmed that Alfa Romeo’s return will take place within the next two years, though not through a conventional mass-market setup. Instead, the brand will operate via a hybrid model system, managed by independent partners rather than directly under Stellantis Malaysia. This approach will allow Alfa Romeo to maintain an exclusive presence while catering to a niche audience of enthusiasts who appreciate the brand’s heritage and craftsmanship.

Most Viewed

Dusit Thani Bangkok earns its place among the world’s top 100 hotels

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 5 November 2025 –Dusit Thani Bangkok, the reimagined flagship of Dusit Hotels and Resorts, the hotel arm of Dusit International, one of Thailand's leading hotel and property development companies, has earned global recognition once again – this time ranking #60 on the inaugural extended list of The World's 50 Best Hotels 2025, a prestigious index celebrating the finest hospitality experiences worldwide.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img