the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 15, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan belum tetapkan kadar cukai karbon untuk 2025

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Malaysia belum muktamadkan kadar cukai karbon untuk 2025, tunggu kelulusan RUUPIN terlebih dahulu sebelum tetapkan metodologi standard.

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum menetapkan kadar yang sesuai untuk cukai karbon yang dijadualkan akan dilaksanakan pada tahun depan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Beliau berkata kadar itu hanya akan diputuskan selepas Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) selesai dibentangkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam serta diluluskan di Parlimen tahun depan.

“Kita perlu menunggu RUUPIN kerana kita memerlukan metodologi standard untuk mengira pelepasan (karbon) dan mewujudkan penanda aras. Jika pelepasan (karbon) melebihi penanda aras itu, (barulah) cukai karbon dikenakan.

“Buat masa ini, Kementerian Kewangan belum membuat kajian yang mendalam untuk menentukan kadar cukai karbon yang patut dikenakan dan garis dasar penting (RUUPIN) akan diwujudkan terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media antarabangsa menyatakan bahawa Malaysia akan mengenakan kadar cukai karbon sebanyak RM15 per tan bermula tahun depan.  

Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata laporan itu turut bersifat spekulasi kerana kerajaan masih belum memuktamadkan kadar yang sesuai. 

Katanya kerajaan akan menilai secara terperinci selepas RUUPIN diluluskan termasuk meneliti industri besi, keluli dan utiliti yang merupakan antara pengeluar gas karbon terbesar dalam negara sebelum menetapkan nilai kadar cukai karbon. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings