the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
27 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Covid-19: KKM terima lebih 100,000 panggilan minta bantuan sokongan psikososial sejak Jan 2021

KUALA LUMPUR: Sebanyak 122,328 panggilan meminta bantuan sokongan emosi dan kauseling direkodkan menerusi Talian Bantuan Sokongan Psikososial Kementerian Kesihatan (KKM) sejak awal tahun, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata jumlah itu direkodkan bermula 1 Jan sehingga 18 Jun lepas dan sebanyak 109,806 panggilan atau 89.4 peratus daripadanya adalah berkait rapat dengan isu-isu psikologi kesan daripada pelbagai masalah sosial akibat pandemik Covid-19.

Antara masalah yang dilaporkan ialah kehilangan punca pekerjaan dan pendapatan, kehilangan tempat bergantung, pergaduhan antara ahli keluarga dan masalah rumah tangga seperti pertengkaran, perpisahan, penceraian serta penderaan (emosi dan fizikal).

“Tekanan tidak hanya dialami oleh kakitangan di sektor awam serta petugas kesihatan atau frontliners, tetapi tekanan turut dirasai golongan lain dalam kalangan masyarakat.

“Talian bantuan yang diwujudkan sejak 25 Mac 2020 dikendalikan oleh pegawai psikologi kaunseling KKM dan sukarelawan pegawai psikologi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendapati, kebanyakan pemanggil memerlukan sokongan emosi dan kaunseling,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain talian bantuan itu, Dr Noor Hisham berkata inisiatif lain yang turut dilaksanakan termasuk bekerjasama dengan agensi kerajaan lain dengan mewujudkan talian bantuan masing-masing iaitu ‘KSK Care’ (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan Talian KASIH.

Di peringkat lapangan seperti hospital dan klinik kesihatan pula, inisiatiaf bantuan yang dilakukan ialah Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial atau MHPSS disediakan untuk kumpulan sasar.

“Kumpulan sasar merangkumi individu dalam perhatian (PUS) di Stesen Kuarantin dan di rumah, pesakit Covid-19 di hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), petugas kesihatan dan agensi lain yang bertugas dalam menangani wabak serta ahli keluarga kepada individu yang meninggal akibat Covid-19,” katanya.

Sementara itu, beliau menasihatkan masyarakat mengambil langkah mengurangkan impak psikologikal sepanjang pandemik, seperti mengenal pasti punca kebimbangan dengan mendapatkan maklumat yang tepat dan betul selain mengelakkan diskriminasi, stigma serta melabel secara negatif mereka yang dijangkiti Covid-19.

Dr Noor Hisham juga menyarankan agar masyarakat mengekalkan kecergasan optima dan ketenangan jiwa; memastikan komunikasi berterusan dengan keluarga dan rakan; sentiasa peka terhadap perubahan diri serta individu yang memerlukan sokongan dan paling penting, segera mendapatkan khidmat kaunseling jika perlu sokongan emosi

“Tekanan ini akan menjadi masalah jika berpanjangan atau menjejaskan fungsi harian individu terbabit. Segeralah dapatkan penilaian psikiatri jika ini berlaku. Perlu diingatkan bahawa kesihatan mental adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal serta pencegahan pada peringkat awal dapat membantu,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Successful debut of International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services in Hong Kong

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 20 June 2026 – Hong Kong's Government Flying Service (GFS) held its inaugural three-day International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services (ISERAS) (June 16-18), bringing together more than 230 policymakers, experts and academics, and industry representatives from over 70 institutions and accredited organisations.

Swire Coca-Cola HK Refreshes the 2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Festival...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 20 June 2026 - Bringing a refreshing wave to a beloved cultural tradition, Swire Coca-Cola HK has become the Official Beverage Sponsor for the "2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Races", organised by the Hong Kong Tourism Board. Running from 19 June to 1 July, the brand is set to energise athletes, locals, and tourists alike with thirst-quenching beverages and an eye-catching festive photo spot.

iQOO 15R Named Official Gaming Phone for 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of...

DONGGUAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 19 June 2026 - iQOO, a smartphone brand built for high-performance mobile gaming experiences, today announced that the iQOO 15R has been named the Official Gaming Phone for the 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of Kings.

A Decade of Sharing the Flavors of China: ‘Chinese Restaurant’ Stays True to Its...

CHANGSHA, CHINA - Media OutReach Newswire - 19 June 2026 - Carrying the warmth of everyday life and the richness of Chinese civilization, Chinese Restaurant embarks on a new chapter as it celebrates its 10th anniversary.

Hong Kong universities scale global heights, cementing education hub status

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 19 June 2026 – Hong Kong universities continue to excel on the international stage with five institutions ranked among the world's top 100 and, for the first time, two in the top 20 of the 2027 World University Rankings published by Quacquarelli Symonds (QS) on June 18.

VinFast Builds on EV Success While Looking Beyond Electrification

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 19 June 2026 - As Southeast Asia and the Middle East ramp up investments in autonomous driving and AI-powered transportation, VinFast is positioning itself at the intersection of today's EV market and tomorrow's mobility ecosystem.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings