Friday, November 7, 2025
27.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Lelaki warga asing ditemui mati disyaki dibunuh di Puchong Jaya

The Sun Webdesk

Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui mati disyaki dibunuh di tangga rumah kedai di Puchong Jaya, Serdang malam tadi.

SERDANG: Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui mati disyaki dibunuh di tangga sebuah rumah kedai di Puchong Jaya.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Muhamad Farid Ahmad mengesahkan penemuan mayat lelaki berkenaan.

“Pihak kami akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian berkenaan dalam masa terdekat,” katanya.

Difahamkan mangsa yang bekerja di negara ini menyewa bilik di rumah kedai berkenaan.

Mayatnya ditemui orang awam kira-kira 8.30 malam sebelum pihak berkuasa tiba di lokasi.

Anggota dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia bersama seekor anjing pengesan turut berada di lokasi.

Pasukan K9 membantu siasatan dan menguruskan mayat berkenaan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Berli Jucker Logistics Partners with DHL Supply Chain Thailand to Elevate Thailand’s Logistics to Global Standards

ANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 7 November 2025 - Berli Jucker Logistics ("BJL"), under the BJC Big C Group, has entered into a landmark partnership with DHL Supply Chain (Thailand) through the signing of a Joint Venture agreement.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img