the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

998 kawasan di Selangor dijangka alami ganguan bekalan air selama tiga hari mulai 13 Oct

KUALA LUMPUR: Sejumlah 998 kawasan sekitar Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula pada 13 Okt pukul 9 pagi hingga 16 Okt.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Suhaimi Kamaralzaman berkata gangguan disebabkan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) akan dihenti tugas untuk memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal.

“Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor adalah antara kawasan yang disenarai akan terjejas oleh gangguan bekalan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bekalan air akan diagihkan secara berperingkat kepada pengguna bermula pada pukul 5 petang 14 Okt selepas kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan disiapkan dan sistem pengagihan bekalan air kembali stabil.

Katanya pelaksanaan kerja-kerja berkenaan sebelum ini dijadualkan pada 2019, dan seterusnya pada 2020, namun ia ditangguhkan disebabkan insiden pencemaran air yang mengakibatkan berlaku gangguan bekalan air secara besar-besaran.

Sementara itu Suhaimi berkata Air Selangor akan menggerakkan 105 lori tangki air dan menyediakan 18 Pili Air Awam untuk kemudahan pelanggan yang memerlukan bekalan air sepanjang tempoh gangguan bekalan.

Beliau berkata 105 lori tangki air itu akan digerakkan ke kawasan terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, pusat-pusat dialisis dan pengebumian. Bagi pengguna komersial, empat stesen pengisian air setempat disediakan khusus untuk pembelian air menggunakan lori tangki air masing-masing.

“Pelanggan komersial boleh membuat pembayaran untuk pembelian air di semua 10 kaunter Khidmat Pelanggan Air Selangor,” menurut kenyataan itu.

Susulan gangguan itu pengguna yang terjejas dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air yang mencukupi dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh berkenaan.

Pelanggan juga boleh mendapatkan maklumat senarai penuh mengenai kawasan yang terjejas, Pili Awam, dan Stesen Pengisian Air Setempat dengan melayari laman web hentitugas.airselangor.com. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore Institute of Management: Student life and campus communities becoming a key deciding factor...

Singapore Institute of Management is strengthening student engagement through nearly 80 clubs and co-curricular activities, reflecting growing demand for holistic education that combines academic excellence with wellbeing, leadership, social connections, and career-ready skills.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings