Friday, November 7, 2025
27.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Agensi PBB: Taufan Melissa tinggalkan hampir 5 juta tan sisa di barat Jamaica

The Sun Webdesk

Taufan Melissa hasilkan 5 juta tan sisa di Jamaica

HAMILTON: Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) pada Khamis memaklumkan bahawa hampir 5 juta tan metrik sisa terhasil di seluruh wilayah barat Jamaica selepas Taufan Melissa melanda pulau itu pada 28 Okt, lapor Anadolu Ajansi.

“Anggaran awal menunjukkan bahawa kerosakan yang berlaku adalah bersamaan kira-kira 30 peratus daripada KDNK Jamaica, angka yang dijangka meningkat,” kata Wakil Tetap UNDP bagi Bahamas, Belize, Bermuda, Kepulauan Cayman, Jamaica serta Kepulauan Turks dan Caicos, Kishan Khoday, dalam taklimat maya.

Beliau menambah bahawa “taufan dahsyat itu meninggalkan kesan kemusnahan besar di seluruh wilayah barat dan tengah Jamaica.”

Khoday menjelaskan bahawa “UNDP melalui platform Penilaian Impak digital dan alat berasaskan AI telah mengenal pasti hampir 5 juta tan metrik sisa yang dihasilkan di seluruh barat Jamaica. Jumlah ini bersamaan kira-kira 500,000 muatan lori standard.”

“Untuk memberikan gambaran tentang skala kemusnahan itu, ia termasuk 2 juta tan metrik sisa binaan daripada bangunan yang rosak, 1.3 juta tan sisa tumbuh-tumbuhan, kemusnahan hutan dan landskap yang amat besar di barat Jamaica, serta 1.4 juta tan metrik sisa harta peribadi,” tambahnya.

Beliau berkata usaha UNDP akan menumpukan kepada “pelan dan strategi pemulihan, pemulihan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta sumber pendapatan, penggunaan tenaga solar bagi keperluan komuniti, kerja-kerja pembersihan sisa dan pemulihan ekosistem.”

Taufan Melissa telah melanda Haiti, Jamaica dan Cuba sejak akhir Oktober, menyebabkan kemusnahan meluas serta kehilangan nyawa. Menurut laporan tempatan, jumlah kematian di Haiti dan Jamaica akibat banjir dan tanah runtuh yang disebabkan oleh Taufan Melissa meningkat kepada 75 orang setakat Rabu.

Di Cuba, yang angka rasmi kematian belum dikeluarkan, PBB menganggarkan kira-kira 2.2 juta orang terjejas, dengan kerosakan dilaporkan membabitkan kira-kira 60,000 rumah, 461 pusat kesihatan dan 1,552 sekolah. – Bernama-Anadolu

Related

spot_img

Latest

FIA Karting Arrive and Drive World Cup set for debut in Malaysia

Budding racers from around the world will gather at the LYL International Circuit in Malaysia for the inaugural FIA Karting Arrive and Drive World Cup, taking place from Nov 14 - 16. A total of 107 drivers aged 12–19 will compete on Asia’s largest karting circuit, which features a 1.5km layout with challenging corners, chicanes, and a unique bridge-and-tunnel section. The event marks Malaysia’s debut as host of an FIA karting world competition, highlighting its growing role in global motorsport.

Most Viewed

Synology Marks 25 Years by Unveiling Next-Gen Flagship Products

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 7 November 2025 – Synology marked its 25th anniversary today by unveiling a new generation of enterprise solutions designed to strengthen cyber resilience and accelerate intelligent transformation.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img