the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jenazah Lans Koperal Mohamad Azrin dibawa ke HoSHAS untuk bedah siasat

TEMERLOH: Jenazah Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa yang ditemukan hari ini selepas dilaporkan hilang ketika menjalani latihan penyusupan menyeberangi Sungai Pahang, di Bera, Ahad lepas dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), di sini untuk bedah siasat.

Difahamkan jenazah Allahyarham tiba di hospital berkenaan kira-kira 11.15 pagi tadi dan ujian calitan Covid-19 akan dilakukan terlebih dahulu sebelum proses bedah siasat bermula.

Tinjauan Bernama mendapati Unit Forensik HoSHAS dikawal rapi oleh anggota tentera dan usaha media untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada ahli keluarga Mohamad Azrin juga gagal.

Allahyarham yang merupakan anggota tinjau daripada pasukan Kompeni PANDURA (Para) dipercayai lemas dan hilang ketika menjalani latihan Eksesais PARA Predator Siri 1/2021 pada 4.40 petang, Ahad lepas.

Semasa kejadian, Mohamad Azrin sedang melaksanakan Fasa Latihan Taktikal Menyeberangi Sungai di sekitar kawasan Kampung Batu Bor.

Mayat Allahyarham ditemukan oleh penduduk kampung di kawasan Kampung Serengkam, Maran, kira-kira 70 kilometer dari lokasi kejadian pada 8.15 pagi tadi.

Kehilangan Mohamad Azrin turut mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah apabila baginda berkenan mencemar duli menaiki bot menyertai operasi mencari dan menyelamat meskipun dalam keadaan hujan semalam. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings