the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua juta dos vaksin diperlukan untuk sektor pembinaan: Fadillah

KUALA LUMPUR: Industri pembinaan dianggarkan memerlukan dua juta dos vaksin bagi memastikan semua pekerja dalam sektor itu mendapat imunisasi terhadap Covid-19, sekali gus dapat kembali menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof(gambar) berkata berdasarkan rekod terkini terdapat hampir satu juta personel binaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), dengan 70 peratus daripadanya adalah warga tempatan manakala 30 peratus warga asing.

Fadillah berkata pihaknya giat melaksanakan proses imunisasi pekerja sektor itu menerusi Program Vaksinasi Industri Pembinaan (CIVac) di bawah CIDB, satu program kerjasama kerajaan dan swasta untuk mempercepat pengambilan vaksinasi golongan itu.

“Buat permulaan program CIVac ini telah diperuntukkan 80,000 vaksin untuk 40,000 personel binaan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) untuk personel binaan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau proses vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) CIVac di Pusat Konvensyen CIDB bermula hari ini yang turut disertai Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.

Fadillah berkata CIDB telah membuka pendaftaran vaksin untuk semua personel binaan di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya pada 21 Jun lalu dan semua slot telah habis ditempah dalam tempoh kurang 24 jam, sekali gus menunjukkan penggiat industri amat prihatin dan bersedia memastikan pekerja mereka divaksin.

Berikutan sambutan baik terhadap CIVac itu, Fadillah berkata pihaknya akan memohon tambahan 200,000 dos vaksin lagi untuk 100,000 personel binaan daripada JKJAV untuk fasa kedua program di Pulau Pinang, Johor dan Pahang.

Jelasnya PPV untuk CIVac di Selangor pula akan dibuka di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam pada 14 Julai ini, manakala bagi Sabah dan Sarawak, pihaknya sedang membuat kajian dan melihat kesiapsiagaan kedua-dua negeri itu sebelum program itu diperluaskan ke sana.

Bagi memudahkan pemain industri, Fadillah berkata pihaknya bersama CIDB juga akan membentangkan kepada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) berhubung cadangan mengadakan pusat vaksinasi di tapak projek binaan atau tempat tinggal pekerja.

Menerusi CIVac, pihak swasta perlu menyediakan dan membiayai sendiri pasukan petugas dan pegawai perubatan bertauliah serta PPV, manakala bekalan serta penghantaran vaksin akan diberikan secara percuma oleh kerajaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Axis-REIT to acquire City-Link’s Bandar Saujana Putra distribution hub for RM128m

The RM128mil acquisition deepens Axis-REIT's exposure to Malaysia's growing logistics and industrial sector, buoyed by e-commerce expansion and rising demand for last-mile delivery. For City-Link Express, the sale-and-leaseback unlocks capital from a mature asset to fund technology, network and talent investments — while keeping the site as its operational headquarters.

EVB Successfully Concludes Power2Drive Europe 2026 With Advanced EV Charging Solutions

MUNICH, GERMANY - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - EVB successfully concluded its June 23–25 exhibition at Power2Drive Europe 2026 at Messe München, where it connected with global industry professionals and highlighted its latest EV charging, energy storage, and power management solutions for cleaner, smarter, and more efficient energy systems.

Trashure Hunt Opens at Raffles City, Turning Singapore’s Waste Challenge Into Public Art

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Trashure Hunt 2026 will open its award ceremony and public exhibition this Saturday, 27 June, at Raffles City Shopping Centre, inviting Singaporeans to see how discarded materials can be transformed into artworks that spark practical conversations on waste, recycling and climate action.

ISCA Will Lead Singapore’s Accountancy Profession March In NDP 2026 For The First Time

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - For the first time, Singapore's accountancy profession will be represented in the National Day Parade (NDP), as the Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) leads a civilian marching contingent made up of accountants, aspiring Chartered Accountants, students, educators and partners from across the profession.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings