the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Undang-undang berkaitan perjudian diteliti, kajian sedang dijalankan: KDN

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti undang-undang berkaitan judi sedia ada untuk tujuan pindaan penambahbaikan bagi memastikan undang-undang itu relevan dengan perubahan modus operandi sindiket perjudian terutamanya perjudian dalam talian.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said(gambar) berkata justeru, Kementerian Dalam Negeri telah terlibat dalam kajian undang-undang berkaitan perjudian yang sedang dijalankan oleh Kementerian Kewangan untuk ditambah baik supaya sentiasa selaras dengan perkembangan semasa.

Beliau berkata ia antara langkah yang diambil dan dirancang oleh kerajaan terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan serta membanteras kegiatan perjudian yang dijalankan sama ada oleh orang perseorangan atau sindiket.

“Langkah lain adalah mengadakan operasi dan serbuan secara berterusan melalui Op Dadu termasuklah operasi bersepadu dengan kerjasama agensi lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melumpuhkan kegiatan ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Noorita Sual (PH-Tenom) mengenai langkah dan tindakan undang-undang yang diambil bagi membendung dan membanteras perjudian dalam talian yang semakin berleluasa.

Ismail berkata PDRM juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi sekatan laman sesawang perjudian di bawah Seksyen 263 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, PDRM juga bekerjasama dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan syarikat bekalan air untuk tindakan pemotongan bekalan elektrik dan air terhadap premis yang sering digunakan oleh sindiket perjudian.

Selain itu, PDRM juga mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat dalam kegiatan itu termasuk penjaga premis dan penganjur kegiatan perjudian tanpa lesen di bawah peruntukan undang-undang berkaitan judi sedia ada seperti Akta Rumah Judi Terbuka 1957 dan Akta Pertaruhan 1953.

Beliau berkata sebanyak 2,294 pertuduhan melibatkan perjudian dalam talian direkodkan di seluruh negara pada 2019; 2,911 pertuduhan pada 2020; dan 2,165 pertuduhan tahun ini.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

TCL Supports “2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run”, Celebrating the Olympic...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 28 June 2026 - TCL, as a Worldwide Olympic Partner, proudly supported the "2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run", organised by the Sports Federation & Olympic Committee of Hong Kong, China, joining more than 2,500 members of the public and athletes in celebrating International Olympic Day and showing support for Hong Kong athletes competing in the Asian Games.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings