the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KKM dalam usaha beri penempatan doktor kontrak di fasiliti KKM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menggariskan beberapa perkara dalam usaha untuk memberi penempatan kepada pegawai perubatan kontrak di fasiliti KKM, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali(gambar) berkata usaha itu termasuk mewujudkan jawatankuasa khas untuk membincangkan mengenai pindaan undang-undang berhubung Akta Perubatan, Akta Pergigian dan Akta Farmasi selain mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai Akta Pencen.

“Kita ke arah untuk berusaha supaya kita dapat beri penempatan kepada doktor kontrak. Kita nak fikir macam mana supaya penambahbaikan dapat dilakukan untuk doktor siswazah, fleksibiliti untuk membuat kepakaran dan sebagainya,“ katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang ingin tahu langkah yang dilaksanakan KKM untuk mengatasi kekurangan doktor pakar dan isu doktor kontrak.

Berhubung kekurangan doktor pakar, Dr Noor Azmi berkata KKM sentiasa membuat penambahbaikan dengan menambah slot pengajian kepakaran di hospital dan peluang untuk mengikuti program ‘parallel pathway’ (program latihan kepakaran).

Selain itu, katanya KKM menyediakan pelbagai insentif untuk menarik lebih ramai doktor yang bekerja di luar negara untuk bekerja di dalam negara seterusnya memberi perkhidmatan terbaik kepada negara.

Menjawab soalan asal Teo Nie Ching (PH-Kulai) yang ingin tahu nisbah doktor kepada penduduk di Malaysia dan matlamat KKM menjelang 2022 dan 2025, Dr Noor Azmi berkata kerajaan menetapkan sasaran nisbah doktor perubatan kepada penduduk di Malaysia pada tahun depan adalah 1:425.

“KKM telah membuat unjuran keperluan doktor dalam negara yang disediakan mengikut perancangan lima tahun. Sebagai contoh, dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) kita menetapkan sasaran nisbah doktor perubatan kepada penduduk di Malaysia menjelang 2025 adalah 1:400 berbanding 1:450 dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11),“ katanya.

Beliau berkata bagi menentukan keperluan pegawai perubatan, urusan itu dibuat berdasarkan kepada lima perkara iaitu jumlah penduduk dan jumlah kedatangan pesakit, kategori fasiliti KKM, skop perkhidmatan disediakan bagi fasiliti itu, tahap penjagaan dan beban penyakit.

Sementara itu, menjawab soalan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) mengenai kadar hayat penggunaan katil dan fasiliti kesihatan di hospital, Dr Noor Azmi berkata jangka hayat katil yang ideal adalah 10 hingga 15 tahun dan ia bergantung kepada tempoh penggunaan dan kekerapan kerosakan.

Mengulas sama ada KKM berhasrat menukar katil dan fasiliti lain di Hospital Kemaman yang telah usang, beliau berkata KKM memperuntukkan sejumlah RM4.5 juta kepada hospital itu bagi perolehan peralatan perubatan sepanjang tempoh 2020 sehingga Oktober tahun ini mengikut keutamaan pihak hospital dan Jabatan Kesihatan Negeri.

“Daripada peruntukan ini, pihak hospital memperoleh lima unit katil unit rawatan rapi (ICU) berserta kelengkapan lain bagi perawatan pesakit di hospital itu. Pihak kementerian akan sentiasa memantau keperluan dalam penambahan dan penggantian katil ini dari masa ke semasa agar perkhidmatan hospital ini tidak akan terjejas,“ katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Inomin Mines selected as one of Canada’s leading emerging critical minerals companies for largest-ever...

Inomin Mines has been selected to join Canada's largest-ever trade mission to Japan, highlighting its role in supplying critical minerals. The mission will support discussions on partnerships, investment, and supply chain opportunities for nickel, magnesium, cobalt, and platinum-group metals.

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Hongkong Land Recognised as Global Leader in Sustainability Industry Rankings

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hongkong Land Holdings Limited ("Hongkong Land" or the "Company") has been recognised as a global leader in sustainability, achieving top-tier results in the latest ESG industry rankings.

Hong Kong’s AI Adoption Outpaces Organizational Change, Microsoft Work Trend Index 2026 Finds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hong Kong employees are moving faster than their organizations when it comes to using AI, creating a growing gap between AI adoption and how work is actually designed, according to Microsoft's 2026 Work Trend Index.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings