the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Covid: 218 pesakit kanak-kanak ditempatkan di dua PKRC sekitar Kota Bharu

KOTA BHARU: Penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak di Kelantan membimbangkan apabila berlaku peningkatan 25 hingga 30 peratus kemasukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di daerah ini sejak dua minggu lalu.

Pengarah PKRC Kelantan Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir berkata jangkitan Covid-19 kepada kanak-kanak disyaki berpunca daripada pesakit dewasa dalam kalangan ahli keluarga mereka.

“Setakat hari ini ada seramai 218 pesakit kanak-kanak dalam kategori satu dan dua ditempatkan di PKRC Dewan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) dan PKRC Institut Latihan Perindustrian (ILP) kedua-duanya di Pengkalan Chepa.

“Statistik ini memang membimbangkan kerana penularan jangkitan dalam kalangan kanak-kanak sukar dikawal tambahan pula mereka belum divaksin,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima 200 pek makanan kanak-kanak sumbangan Persatuan Tzu Chi Buddhist Kelantan dan Pertubuhan Gabungan Bantuan Bencana NGO Malaysia di PKRC Tanjong Chat, di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Mohd Zurairie berkata PKRC Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, Tumpat, yang memiliki 250 katil dan berada dalam mod siap sedia sebelum ini, akan dibuka semula hari ini menjadikan 13 pusat berkenaan beroperasi di seluruh negeri.

“Secara keseluruhan ketika ini 1,755 daripada 2,500 katil di 12 PKRC yang dibuka telah digunakan (tidak termasuk 250 katil di SMK Kampung Laut),“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings