the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelancongan di Pulau Pangkor diteruskan ikut SOP jika rentas negeri dibenarkan

IPOH: Aktiviti pelancongan di Pulau Pangkor akan diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada sekiranya perjalanan rentas negeri dibenarkan dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata justeru, tiada gelembung pelancongan di pulau peranginan itu jika pengumuman kebenaran merentas negeri mendahului keputusan melaksanakan gelembung pelancongan.

“Sekiranya pengumuman untuk merentas negeri dibenarkan, SOP untuk pelancong masuk ke Pulau Pangkor memang telah dipraktikkan mengikut pematuhan SOP pelancongan sedia ada jadi insya-Allah tiada masalah,“ katanya ketika dihubungi Bernama.

Antara SOP sedia ada ialah pelancong yang lengkap divaksinasi dibenarkan melakukan aktiviti pelancongan dengan mengemukakan kad atau sijil digital vaksinasi Covid-19 ketika mendaftar masuk ke hotel atau inap desa dan pengusaha tempat peranginan perlu membuat pemeriksaan.

Sabtu lepas, Nolee Ashilin berkata penyediaan SOP untuk meluluskan gelembung pelancongan ke Pulau Pangkor kini berada pada fasa akhir dan senarai persiapan yang dijangka siap minggu ini merupakan usaha kerajaan negeri untuk membuka semula pulau peranginan berkenaan.

Beliau dilaporkan berkata SOP itu akan diserahkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk diteliti sama ada Pulau Pangkor layak untuk syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi gelembung pelancongan.

Antara yang tersenarai dalam penyediaan SOP itu ialah dari segi pintu masuk, pemeriksaan kesihatan dan kadar vaksinasi penduduk 80 peratus yang telah dicapai selain operator yang pekerjanya perlu lengkap vaksinasi.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hongkong Land Recognised as Global Leader in Sustainability Industry Rankings

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hongkong Land Holdings Limited ("Hongkong Land" or the "Company") has been recognised as a global leader in sustainability, achieving top-tier results in the latest ESG industry rankings.

Hong Kong’s AI Adoption Outpaces Organizational Change, Microsoft Work Trend Index 2026 Finds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hong Kong employees are moving faster than their organizations when it comes to using AI, creating a growing gap between AI adoption and how work is actually designed, according to Microsoft's 2026 Work Trend Index.

SIM Highlights the Importance of Strong Personal Statements in University Applications

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - In today's competitive education landscape, students are increasingly expected to do more than simply meet academic admission requirements.

Deluxe Systems Crowned “Best Showroom in Singapore” at Tatler Awards: A New Era of...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire – 22 June 2026 - Rewriting the rules of luxury retail in Southeast Asia, Deluxe Systems has triumphed at the prestigious Tatler Homes Design Awards 2026, winning the highly coveted title of "Best Showroom in Singapore" just six months after its official opening.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings