the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kebenaran rentas negeri akan dikuatkuasakan serentak di seluruh negara – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Kebenaran rentas negeri akan dikuatkuasakan serentak di seluruh negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata kebenaran itu akan dikuatkuasakan apabila kadar vaksinasi populasi dewasa telah mencapai 90 peratus dan dijangka diumumkan beliau dalam beberapa hari lagi.

“Serentak seluruh negara. Kalau seluruh negara dah capai 90 peratus (kadar vaksinasi), kita jangka purata negeri-negeri sudah pun melebihi 80 peratus.

Jadi sebab itulah kita akan umumkan dalam waktu terdekat, sehari, dua hari, tiga hari ke tak tahulah. Tunggulah tapi tak lama dah,“ katanya ketika ditemui media selepas Majlis Prapelancaran Keluarga Malaysia di Angkasapuri di sini hari ini.

Sasaran kadar 90 peratus vaksinasi populasi dewasa semakin hampir apabila 89.1 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima dos vaksinasi Covid-19 setakat malam tadi.

Ismail Sabri sebelum ini mengumumkan sempadan negeri akan dibuka apabila kadar vaksinasi populasi dewasa telah mencapai tahap 90 peratus. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Venezuela earthquake rescue efforts hampered as death toll rises to 235

Buildings cracked, crumbled, and tilted precariously after the quakes,...

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings