the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aman Palestin Melaka akan agih bakul makanan, wang tunai bantu rakyat terjejas Covid-19

MELAKA: Badan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin Berhad Cawangan Melaka akan mengagihkan bakul makanan bernilai RM50 dan wang tunai RM100 kepada rakyat Melaka yang terjejas pendapatan akibat penularan Covid-19 menerusi kutipan dana Tabung Perwira Covid-19 3.0.

Pengurusnya Muhammad Zulfikar Azlan Mohd Shariff berkata penerima agihan di Melaka itu merupakan sebahagian daripada 6,665 penerima di seluruh negara yang membabitkan peruntukan keseluruhan kira-kira RM1 juta dengan bantuan itu akan diagihkan secara berperingkat dalam masa terdekat.

Beliau berkata sebelum ini, sebanyak RM1.5 juta dana berjaya dikutip menerusi Tabung Perwira Covid-19 1.0 dan 2.0 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dan 2.0, yang diperuntukkan bagi membantu golongan rakyat dan institusi terjejas.

“Sebelum ini, kita banyak fokus untuk membantu Kementerian Kesihatan membeli peralatan kesihatan kritikal seperti mesin ventilator bagi meringankan beban institusi kesihatan negara ekoran peningkatan kes Covid-19.

“Tetapi bagi fasa akan datang ini, kita akan tumpu 80 peratus daripada dana berkenaan untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas pendapatan mereka,“ katanya kepada pemberita selepas program edaran daging korban sejuk beku kepada 300 asnaf negeri ini di sini hari ini.

Menerusi program itu, daging korban tersebut akan diagihkan kepada individu secara pandu lalu selain menerusi tiga NGO dan lapan masjid di sekitar Ayer Keroh.

Mengulas lanjut, Muhammad Zulfikar Azlan berkata segala bentuk bantuan yang disalurkan itu merupakan penghargaan daripada Aman Palestin atas sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu penduduk Palestin selama ini menerusi tabung yang digerakkan oleh NGO berkenaan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata setakat ini Aman Palestin berjaya mengutip dana berjumlah RM12 juta bagi membina Pusat Rehabilitasi dan Kesihatan Mental Malaysia Semenanjung Gaza, Palestin dengan kos berjumlah RM30 juta bagi fasa pertama.

Beliau berkata baki kos sebanyak RM18 juta bagi membiayai projek itu dijangka akan berjaya dikutip menjelang akhir tahun ini agar pembinaan hospital tersebut dapat disiapkan pada suku pertama tahun depan.

“Berdasarkan skala Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), satu daripada dua anak-anak Palestin mengalami tekanan dan trauma yang sangat dahsyat akibat peperangan, kehilangan orang tersayang dan tekanan hidup.

“Jadi kita berharap pembinaan hospital berkenaan dapat memulihkan kehidupan mereka agar dapat menjalani kehidupan normal,“ katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MCE Holdings Q3 pre-tax profit rises to RM9.79 million

MCE Holdings Bhd recorded a 54.64% increase in profit before tax to RM9.79 million for Q3 ended April 30, 2026 (FY26), from RM6.333 million in the same quarter last year.

Binzhou’s Leap from Manufacturing to Intelligent Manufacturing

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, the Ministry of Industry and Information Technology and the Ministry of Finance jointly released the list of China's third batch of pilot cities for the new technological transformation of the manufacturing sector.

Shared Revitalization Journey of Weiqiao Pioneering Group, Weiqiao Town

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, Zouping, Shandong held a symposium on "Revitalizing Weiqiao Town," focusing on key priorities such as improving urban quality, upgrading public livelihoods, and empowering industrial development, laying out a clear blueprint for the high-quality development of Weiqiao Town.

DFI Retail Group to Announce 2026 Half Year Financial Results and Host Analyst Presentation...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - DFI Retail Group Holdings Limited will announce its 2026 Half Year Results after market close on 28 July 2026, followed by an analyst presentation live webcast on 29 July 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings