the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis nafi dakwaan video jadikan warga China mangsa minta rasuah,lakukan pemerasan

KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan sebuah video tular di media sosial Youtube yang menuduh polis sentiasa menjadikan warga China sebagai mangsa untuk meminta rasuah dan melakukan pemerasan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman(gambar) berkata video tersebut dipercayai dimuat naik pada 3 Feb lepas yang berdurasi 41 minit 51 saat.

Beliau berkata video itu memaparkan seorang lelaki warga China mendakwa dirinya diperas ugut polis di Malaysia lebih kurang 50 kali selain menuduh polis sentiasa mencari kesalahan dalam kalangan warganegara asing terutamanya China untuk mendapatkan habuan dan sanggup membawa mangsa ke mesin ATM bagi mendapatkan wang.

“Semakan dibuat dan mendapati setakat ini, tiada sebarang laporan polis dibuat oleh penama (lelaki itu) atau orang lain mengenai insiden sebagaimana dinyatakan (dan) polis memandang serius terhadap segala tuduhan dan dakwaan itu.

“Pihak polis mengalu-alukan penama itu untuk tampil membuat laporan berkenaan kejadian ini supaya siasatan lanjut boleh dijalankan secara telus dan menyeluruh,“ katanya dalam kenyataan semalam.

Abd Khalid berkata pihaknya tidak akan berkompromi dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pegawai atau anggota polis yang didapati melakukan kesalahan.

“Maklumat berkaitan kejadian sebegini atau lain-lain jenayah boleh disalurkan kepada pihak polis melalui Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya (di talian) nombor telefon 03-56210343 atau mana-mana balai polis berdekatan,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings