the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerjasama awam-swasta akan semarakkan usaha pendigitalan perkhidmatan negara: PM

KUALA LUMPUR: Sektor awam dan swasta perlu bekerjasama dan saling melengkapi antara satu sama lain dalam menyemarakkan usaha pendigitalan perkhidmatan dan penyampaian kepada rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob(gambar).

Beliau turut menekankan bahawa dengan kolaborasi antara sektor awam dan swasta, Malaysia akan melangkah ke ekonomi digital dengan yakin dan cukup bersedia.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Permodalan Nasional Bhd (PNB) kerana menganjurkan Minggu Saham Digital (MSD) buat kali kedua tahun ini, setelah penganjuran yang mendapat sambutan menggalakkan pada tahun lepas.

“Pada saat negara masih bekerja keras menguruskan ancaman pandemik Covid-19, PNB tetap meneruskan agenda literasi kewangannya, malah ditambah baik agar lebih ramai dapat terlibat sama,” katanya dalam perutusan video sempena majlis pelancaran rasmi Minggu Saham Digital 2021 di sini hari ini.

Ismail Sabri turut menyatakan bahawa MSD adalah platform terbaik bagi rakyat Malaysia untuk sama-sama mempelajari tip mengurus kewangan, menabung dan melabur dalam suasana santai dan selesa bersama keluarga.

“Saya menyambut baik inisiatif PNB menganjurkan MSD sekali lagi bagi meningkatkan kefahaman masyarakat tentang pengurusan kewangan,” ujar beliau lagi.

Sementara itu, pengerusi kumpulan PNB Tun Arifin Zakaria berkata MSD yang julung kali dianjurkan tahun lepas telah berjaya menarik lebih dua juta tontonan untuk acara yang berlangsung selama tujuh hari.

“Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) sejak dua dekad lalu bermula 2000 hingga 2019 berjaya menarik penyertaan kira-kira empat juta rakyat Malaysia selama 20 tahun penganjurannya.

Beliau turut menegaskan bahawa MSD akan kekal sebagai salah satu platform interaktif untuk rakyat Malaysia mendalami ilmu kewangan dan mengenali PNB serta syarikat pelaburan dengan lebih dekat.

Bertemakan #LaburBersama, MSD 2021 berlangsung dari 17 Nov hingga 23 Nov dengan aktiviti yang bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan pemahaman orang ramai tentang simpanan dan pelaburan dalam format hibur didik, sambil mempamerkan portfolio syarikat PNB dan operasi perniagaannya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings