the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia kesan satu lagi kes Omicron babitkan kanak-kanak perempuan

KUALA LUMPUR: Malaysia mengesan satu lagi kes varian Omicron membabitkan seorang kanak-kanak perempuan warganegara, berumur lapan tahun, yang tiba dari Lagos, Nigeria pada 5 Dis lepas.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin(gambar) berkata kes dikenal pasti selepas Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke atas 52 sampel daripada 52 kes positif Covid-19 dalam kalangan pengembara yang pulang dari luar negara bagi tempoh 6 hingga 10 Dis lepas.

“Daripada jumlah ini, satu sampel telah menunjukkan kemungkinan varian Omicron melalui ujian PCR Genotyping Assay dan jujukan genom penuh (WGS) yang dijalankan selanjutnya ke atas sampel tersebut telah disahkan varian Omicron pada 14 Dis 2021.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dikesan varian Omicron di Malaysia adalah sebanyak dua kes dengan kedua-duanya merupakan jangkitan import dari luar negara,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Menjelas lanjut, Khairy berkata keputusan ujian RT-PCR Covid-19 ke atas kes yang tiba bersama ibu dan adik perempuannya itu adalah negatif sebelum mereka berlepas ke Malaysia.

Bersambung..

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings