the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 27, 2025
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Tempoh reman Namewee disambung tiga hari hingga Khamis

Polis sambung tempoh reman penyanyi rap Namewee tiga hari hingga Khamis bagi bantu siasatan kes kematian pempengaruh wanita Taiwan

KUALA LUMPUR: Tempoh reman penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau Namewee bagi membantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan telah disambung tiga hari hingga Khamis ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata perintah lanjutan reman itu bermula esok selepas tempoh reman dari 5 November lepas berakhir hari ini.

“Permohonan melanjutkan tempoh reman Namewee dibenarkan hingga 13 November,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan pemuzik tersebut merupakan individu terakhir bersama dengan pempengaruh Taiwan Hsieh Yun Hsin sebelum kematiannya.

Wanita berusia 33 tahun itu ditemui mati di dalam tab mandi di bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay pada 22 Oktober lepas.

Mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat serta analisis toksikologi bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Kes yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kini disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam siasatan sama, Namewee turut ditahan kerana memiliki serta menggunakan dadah dan telah didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada 24 Oktober. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Crisis Management Centre Announces Global Release Of Founder’s Maiden Book on Reputational Security

NEW YORK, US / KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 27 December 2025 - The Crisis Management Centre today announced the global release of Reputational Security, the landmark new book by internationally respected crisis strategist, Nordin Abdullah, now available on Amazon and Kindle.

Most Viewed

Reman tiga warga asing dalam kes sindiket syabu disambung

Polis sambung reman tiga warga asing suspek sindiket syabu antarabangsa tujuh hari lagi bagi siasatan lanjut kes bernilai RM38 juta
spot_img

Popular Categories