Monday, November 10, 2025
24.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Identiti ‘Detektif misteri’ di depan Louvre terbongkar – Remaja 15 tahun dari Paris

Remaja 15 tahun Pedro Elias Garzon Delvaux dikenal pasti sebagai ‘detektif misteri’ dalam foto rompakan Louvre, sebenarnya pelancong biasa

PARIS: Misteri mengenai foto seorang remaja lelaki berpakaian kemas yang disangka detektif selepas rompakan bernilai jutaan euro di muzium Louvre, Paris akhirnya terungkai, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Remaja terbabit merupakan seorang pelajar berusia 15 tahun dari pinggir Paris yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan siasatan dan ketika itu hanya mahu melawat muzium terkenal bersama ibunya, menurut laporan majalah Jerman Der Spiegel dan agensi berita Associated Press (AP) yang merakam foto itu.

Remaja itu yang dikenali sebagai Pedro Elias Garzon Delvaux, tidak menyedari dirinya dirakam ketika berdiri berhampiran pegawai polis di hadapan muzium berkenaan semasa kekecohan selepas kejadian rompakan.

Sambil mengenakan topi elegan, sut tiga lapis dan kot panjang, penampilannya membuatkan ramai pengguna internet menyangka dia seorang detektif sebenar.

Selain menerima pujian atas gayanya, pelbagai spekulasi mengenai identiti remaja itu turut tular di media sosial.

Seorang pengguna X menulis: “Detektif Perancis di lokasi rompakan permata di Louvre ini kelihatan “paling detektif” antara semua detektif yang pernah saya lihat.”

Garzon Delvaux mengakui terhibur membaca pelbagai teori lucu tentang dirinya.

“Seronok juga orang sangka saya detektif,” katanya kepada Der Spiegel.

Remaja itu menjelaskan pakaian yang digayakan pada hari itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana dia memang gemar berpakaian klasik.

Der Spiegel menemui Garzon Delvaux melalui akaun Instagram peribadinya, di mana remaja itu sering memuat naik gambar bergaya ala era 1940-an.

Identitinya kemudiannya disahkan oleh Associated Press pada Ahad.

Garzon Delvaux berkata dia akan terus memuat naik foto di laman itu, namun belum mempunyai rancangan tertentu untuk memanfaatkan “15 minit kemasyhuran” yang dikecapinya. – Bernama-dpa

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

MEXC’s risk control, anti-fraud, and asset freeze measures: Building the security firewall for crypto users

In response to the rising wave of crypto scams and hacking losses, MEXC has implemented a comprehensive security framework combining AI-powered risk control, real-time fraud detection, and transparent asset freeze protocols. These measures not only protect users from manipulation and fund leakage but also redefine how trust and safety are built in the global crypto trading landscape.
spot_img

Popular Categories