the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 17, 2025
29.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Korban Taufan Tino di Filipina meningkat kepada 224 orang

Angka korban Taufan Tino di Filipina meningkat kepada 224, dengan 109 hilang dan 526 cedera. Lebih 3.3 juta individu terjejas

MANILA: Angka korban akibat Taufan Tino yang menenggelamkan sebahagian besar kawasan di Visayas, Filipina meningkat kepada 224 orang, menurut laporan Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) pada Ahad, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Mangsa yang terkorban termasuk 158 orang di Cebu, 27 di Negros Occidental, 20 di Negros Oriental, lapan di Caraga, tiga di Capiz, dua masing-masing di Southern Leyte dan Leyte, serta seorang di setiap wilayah Antique, Bohol, Guimaras dan Iloilo.

Jumlah mangsa hilang meningkat kepada 109 orang, manakala 526 lagi dilaporkan cedera.

Taufan itu telah menjejaskan 946,660 keluarga atau 3,330,315 individu di 7,269 kampung di lapan wilayah seluruh negara.

NDRRMC turut melaporkan sebanyak 74,781 rumah rosak di tujuh wilayah, ketika pihak berkuasa masih menilai sepenuhnya tahap kemusnahan akibat Taufan Tino. – Bernama-PNA

Related

spot_img

Latest

Malaysian SMEs Turn Market Turbulence into Opportunity with SME100 Awards Leading the Movement

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 17 December 2025 - The SME100 Awards has become one of the most trusted and influential platforms for high growth Malaysian enterprises, recognised for its rigorous evaluation standards and its role in identifying the country's most promising businesses.

Wildberries Launches WB Taxi App in Uzbekistan

TASHKENT, UZBEKISTAN - Media OutReach Newswire - 17 December 2025 - Wildberries, a leading digital platform in Eurasia, has rolled out its WB Taxi mobile app in Uzbekistan, expanding its ride-hailing services to the local market.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories