the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Covid: Sabah benarkan 10 operasi, aktiviti bagi individu divaksin

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah membenarkan 10 operasi dan aktiviti bagi individu yang lengkap divaksin bermula Isnin ini (20 Sept), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap Covid-19 itu berkata aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal melibatkan pengoperasian fasiliti terbuka dan tertutup dibenarkan, selain aktiviti kecergasan individu seperti senamrobik dan zumba dibenarkan dalam fasiliti dengan 50 peratus kapasiti atau tidak melebihi 30 orang, mana-mana lebih rendah.

Beliau berkata aktiviti ‘hiking’ dengan kapasiti 50 peratus atau tidak melebihi 30 orang di sesebuah kawasan juga dibenarkan, selain operasi pusat latihan maritim serta pusat latihan penerbangan.

“Kolam memancing juga dibenarkan dari 6 pagi hingga 6 petang dengan kapasiti sama, juga dibenarkan aktiviti kapal persiaran domestik di perairan Sabah dengan kapasiti 50 peratus. Bagaimanapun, semua aktiviti kelab malam dan pub masih tidak dibenarkan.

“Turut dibenarkan mesyuarat secara bersemuka dengan kapasiti sama dan pengoperasian pejabat swasta, mengikut pekerja yang telah divaksin,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Selain itu, Masidi berkata operasi kilang dan kedai minuman keras turut dibenarkan dan semua institusi pengajian tinggi di bawah kawal selia Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), akan dibuka secara berperingkat.

Mengulas kes Covid-19 semalam, sebanyak 1,395 kes dicatat dengan jumlah kumulatif 184,221 kes manakala kes sembuh ialah 1,775 orang dengan jumlah kumulatif 158,502 orang manakala 4,203 pesakit masih dalam rawatan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Striding AI Announces Plans to Develop Next-Generation Robotic Foundation Systems for Physical AI Deployment

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Striding AI today announced that it is developing a new generation of robotic foundation systems designed to accelerate the deployment of Physical AI in real-world environments.

Impossible Marketing Unveils ImpossiblePlus™ AI SEO Solution for Singapore Businesses

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Impossible Marketing, Singapore's leading SEO agency and pioneer of AI SEO, has announced the launch of ImpossiblePlus™ — a proprietary AI visibility platform built to help businesses track how their brand is being recommended, cited, and positioned across AI-powered search engines.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings