the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 8, 2026
24.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis tumpas kegiatan edar rokok seludup, rampasan RM1 juta

Polis tahan empat warga asing dalam serbuan rokok seludup di Sungai Buloh, dengan rampasan rokok dan kenderaan bernilai lebih RM1 juta.

SHAH ALAM: Polis percaya berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran rokok seludup dengan penahanan empat lelaki warga asing.

Serbuan di Sungai Buloh pada 18 Oktober lalu menyaksikan rampasan rokok pelbagai jenama dan barangan lain bernilai lebih RM1 juta.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata serbuan jam 3.30 pagi itu mendapati kesemua suspek sedang memunggah kotak disyaki mengandungi rokok.

“Kesemua lelaki berusia antara 21 hingga 38 tahun itu memiliki dokumen perjalanan sah dan masuk ke negara ini tahun lepas,” katanya dalam sidang media di sini.

Mereka bekerja sebagai buruh kontrak dan terlibat dalam aktiviti penyeludupan rokok secara sambilan.

Bayaran harian mereka antara RM100 hingga RM200 bergantung kepada kuantiti barang diuruskan.

Siasatan mendapati kenderaan digunakan didaftarkan atas nama individu lain.

Suspek utama dikesan memegang kunci salah sebuah kenderaan terbabit.

Kediaman digunakan mereka pula merupakan rumah sewa milik warga tempatan.

Shazeli berkata kumpulan terbabit dipercayai bergerak secara bebas tanpa kaitan dengan mana-mana sindiket.

“Kesemua suspek tidak mengetahui sumber kewangan operasi dan hanya menerima upah atas kerja dilakukan,” katanya.

Rampasan melibatkan 8,727 karton rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM639,470.

Nilai kenderaan dirampas termasuk sebuah lori bonded dan tujuh kereta dianggarkan RM374,600.

Jumlah keseluruhan rampasan mencecah RM1,014,070.

Kesemua lelaki terbabit kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Mereka juga disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963.

Suspek akan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang berikutan kaitan dengan kes rampasan di kawasan itu. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Amari Invites Travelers to Fall in Love with Laos Through Design, Local Stories, and Contemporary Relaxation

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 8 January 2026 - When travel is no longer just about "arriving," but about truly "being present" in every moment, ONYX Hospitality Group invites travelers to discover a new side of Laos through the concept of "Falling in Love with Laos."

VinFast Makes 2025 Vietnam’s Car Moment, From Hai Phong to the Middle East

HAI PHONG, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 8 January 2026 - On the final day of 2025, VinFast's Hai Phong manufacturing complex ended the year at full throttle, rolling off the 200,000th vehicle from its production line.

CHiQ Named One of the “2025-2026 Global Smart Home Brands Top 10” at CES

LAS VEGAS, US - Media OutReach Newswire - 8 January 2026 - On January 7 local time, CHiQ was honored with the "2025-2026 Global Smart Home Brands Top 10" award at CES 2026 in Las Vegas. The award underscores CHiQ's ongoing progress in smart home innovation and its commitment to enhancing the user experience.

Kenanga Investors Launches Kenanga Growth Fund Series 3

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 8 January 2026 - Kenanga Investors Berhad ("Kenanga Investors") has announced the launch of the Kenanga Growth Fund Series 3 ("KGFS3" or "the Fund"), its third fund in its flagship conventional fund series.

Most Viewed

CHiQ Named One of the “2025-2026 Global Smart Home Brands Top 10” at CES

LAS VEGAS, US - Media OutReach Newswire - 8 January 2026 - On January 7 local time, CHiQ was honored with the "2025-2026 Global Smart Home Brands Top 10" award at CES 2026 in Las Vegas. The award underscores CHiQ's ongoing progress in smart home innovation and its commitment to enhancing the user experience.
spot_img

Popular Categories