the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
31.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN sita 199 tong LPG, tahan tiga individu di Sepang

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 199 tong LPG dan sebuah lori bernilai RM144,427 serta menahan tiga individu dalam operasi di Sepang.

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyita 199 tong gas petroleum cecair (LPG) dan sebuah lori dalam satu operasi di Sepang.

Rampasan itu dianggarkan bernilai RM144,427, menurut kenyataan kementerian hari ini.

Operasi di sebuah premis di Kampung Sungai Keroh, Sepang pada Selasa lepas turut membawa kepada penahanan tiga individu.

Dua daripada mereka adalah warga asing yang didapati sedang memindahkan tong LPG dari sebuah lori.

Seorang lagi lelaki tempatan turut ditahan di lokasi kejadian.

Ketiga-tiga individu itu gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri untuk tujuan pemeriksaan.

Pemeriksaan lanjut menemui 199 tong LPG di dalam premis berkenaan.

Pelbagai barangan lain termasuk peralatan komunikasi dan pengendalian turut dirampas.

Siasatan dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Kesalahan yang disiasat adalah menjalankan aktiviti berurusan serta pengendalian barang kawalan tanpa lesen yang sah.

KPDN memberi amaran keras kepada mana-mana individu atau syarikat agar mematuhi perundangan yang ditetapkan.

Orang ramai boleh menyalurkan aduan berkaitan kepada KPDN menerusi pelbagai saluran yang disediakan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings