the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengantin, wali and saksi perlu jalani saringan Covid-19 sebelum akad nikah di P. Pinang

GEORGE TOWN: Bakal pengantin di Pulau Pinang perlu menjalani ujian saringan Covid-19 iaitu sekurang-kurangnya Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 (ujian sendiri) sebelum menjalani akad nikah, berkuat kuasa hari ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) Datuk Mohd Zakuan Zakaria berkata wali dan saksi nikah juga wajib menjalani ujian saringan Covid-19 sebagai usaha membendung penularan wabak itu.

“Bagi Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19, ia perlu dilakukan 30 minit sebelum majlis akad nikah berlangsung yang hanya dibenarkan (akad nikah) dijalankan di Pejabat Agama Daerah (PAD) sahaja dan pasangan pengantin yang didapati negatif sahaja dibenarkan meneruskan akad nikah.

“Bakal pengantin berlainan daerah atau negeri pula hendaklah mendapat kebenaran merentas daripada pihak polis, jika gagal (merentas daerah atau negeri) mereka boleh melantik dan mewakilkan seorang wakil untuk menerima nikah bagi pihaknya,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata majlis akad nikah dijalankan di PAD dengan prosedur operasi standard(SOP) ketat dan hanya 10 pasangan sahaja dibenarkan setiap hari dengan tujuh orang membabitkan pengantin lelaki dan wanita, wali, saksi, ibu atau bapa pengantin lelaki serta jurugambar sahaja pada setiap sesi yang mengambil masa tidak lebih 30 minit.

Mengenai kursus praperkahwinan, Mohd Zakuan berkata kursus secara bersemuka ditangguhkan sebaliknya, proses temu duga dilakukan bagi menggantikan kursus praperkahwinan dan tujuan permohonan kebenaran berkahwin di Pulau Pinang dengan pendaftaran bagi proses temu duga boleh dilakukan di laman sesawang emunakahat.penang.gov.com.

“Khidmat nasihat rumah tangga atau kekeluargaan secara bersemuka ditangguhkan dan hanya dijalankan secara dalam talian iaitu melalui emel, talian pejabat atau talian khas pada hari bekerja bermula 8.30 pagi hingga 4 petang,“ katanya.

Beliau berkata pihak JHEAIPP berhak menolak kehadiran pemohon sekiranya langkah keselamatan ditetapkan atau apa-apa arahan Pegawai Agama Daerah dari semasa ke semasa gagal dipatuhi sepenuhnya.- Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Axis-REIT to acquire City-Link’s Bandar Saujana Putra distribution hub for RM128m

The RM128mil acquisition deepens Axis-REIT's exposure to Malaysia's growing logistics and industrial sector, buoyed by e-commerce expansion and rising demand for last-mile delivery. For City-Link Express, the sale-and-leaseback unlocks capital from a mature asset to fund technology, network and talent investments — while keeping the site as its operational headquarters.

EVB Successfully Concludes Power2Drive Europe 2026 With Advanced EV Charging Solutions

MUNICH, GERMANY - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - EVB successfully concluded its June 23–25 exhibition at Power2Drive Europe 2026 at Messe München, where it connected with global industry professionals and highlighted its latest EV charging, energy storage, and power management solutions for cleaner, smarter, and more efficient energy systems.

Trashure Hunt Opens at Raffles City, Turning Singapore’s Waste Challenge Into Public Art

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Trashure Hunt 2026 will open its award ceremony and public exhibition this Saturday, 27 June, at Raffles City Shopping Centre, inviting Singaporeans to see how discarded materials can be transformed into artworks that spark practical conversations on waste, recycling and climate action.

ISCA Will Lead Singapore’s Accountancy Profession March In NDP 2026 For The First Time

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - For the first time, Singapore's accountancy profession will be represented in the National Day Parade (NDP), as the Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) leads a civilian marching contingent made up of accountants, aspiring Chartered Accountants, students, educators and partners from across the profession.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings