the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bajet 2022: Cuepacs mohon elaun Cola penjawat awam Sarawak, Sabah dinaikkan

KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Sarawak berharap kerajaan dapat menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (Cola) sebanyak RM50 untuk penjawat awam di Sarawak serta Sabah dalam Belanjawan 2022.

Pengerusinya Omar Bahrein Unin berkata ini penting terutama dalam menangani peningkatan kos sara hidup di dua negeri tersebut.

Tambahnya peningkatan itu dapat memberi pendapatan tambahan buat penjawat awam di Sarawak dan Sabah sebagaimana dinikmati rakan mereka di Semenanjung sejak Januari 2020.

“Walaupun penjawat awam di Sabah dan Sarawak mendapat elaun wilayah, ia adalah elaun sedia ada yang memang telah dinikmati tanpa pertambahan perbezaan RM50 sebulan sejak Januari 2020 seperti diperoleh penjawat awam di Semenanjung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Omar berkata Cuepacs Sarawak juga memohon kerajaan menyemak semula kadar bayaran elaun wilayah bagi penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di Sarawak dan Sabah.

Katanya elaun tersebut tidak pernah disemak sejak pelaksanaannya pada 1988. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Venezuela earthquake rescue efforts hampered as death toll rises to 235

Buildings cracked, crumbled, and tilted precariously after the quakes,...

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings