the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bajet 2022: Kerajaan tanggung sepenuhnya bayaran lesen kenderaan persendirian milik OKU

KUALA LUMPUR: Kerajaan menanggung sepenuhnya bayaran lesen kenderaan persendirian yang dimiliki orang kelainan upaya (OKU) bagi tahun depan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata perkara itu dapat meringankan kos sara hidup golongan itu.

Beliau berkata selain itu, kerajaan memperuntuk RM30 juta bagi menaik taraf infrastruktur bangunan kerajaan supaya mesra OKU antaranya dengan menyediakan banyak laluan khas untuk golongan cacat penglihatan.

“Sebanyak RM10 juta turut diperuntuk kepada Pusat Latihan Berdikari serta sebuah Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Kerajaan bagi melaksanakan program latihan serta bimbingan ajar kepada golongan OKU,” katanya.

Tengku Zafrul berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kerajaan turut menyediakan kuota khas sebanyak satu peratus menerusi program Pekerjaan Jangka Pendek (MySTEP) bagi memastikan golongan muda OKU menceburi bidang pekerjaan.

“Bagi meningkatkan akses terhadap media selain membolehkan golongan OKU cakna dengan berita semasa dan informasi terkini, dengan bantuan Bernama, semua rangkaian televisyen termasuk saluran swasta akan menyediakan jurubahasa isyarat dalam penyampaian berita mereka,” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings