Wednesday, November 12, 2025
27.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sumbangan Tiong Hiew King dalam industri media terus dikenang

Timbalan Menteri Komunikati rakam takziah kematian Tiong Hiew King, legasi pengasas Media Chinese International Ltd dalam industri media dikenang.

KUALA LUMPUR: Sumbangan besar mendiang Tan Sri Tiong Hiew King dalam memajukan industri media dan pembangunan ekonomi negara akan terus dikenang.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menzahirkan penghargaan atas jasa dan sumbangan Pengerusi Kehormat Media Chinese International Ltd itu.

“Sebelum saya mulakan jawapan saya, izinkan saya mengambil sedikit masa untuk merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada keluarga mendiang Tan Sri Tiong Hiew King atas pemergian beliau,” katanya.

Teo berkata kepimpinan mendiang telah menyaksikan media Cina berkembang sebagai antara kumpulan media paling berpengaruh di rantau ini.

Penerbitan utama seperti Sin Chew Daily, China Press, Nanyang Siang Pau dan Asia Weekly (Yazhou Zhoukan) meraih jutaan pembaca di pelbagai negara.

“Sumbangan mendiang dalam memajukan sektor media dan memperkukuh ekonomi tempatan amat besar, dan akan terus dikenang sebagai legasi berharga.”

Beliau mengucapkan semoga keluarga mendiang dan rakan-rakan media dikurniakan kekuatan dan ketabahan.

Taikun balak dan media Sarawak itu meninggal dunia semalam pada usia 90 tahun.

Tiong turut dikenali sebagai pengasas Rimbunan Hijau Group.

Konglomerat itu memulakan perniagaan dalam sektor pembalakan sebelum berkembang ke pelbagai bidang. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories