the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AKPS gagalkan cubaan seludup 2,000 kg daging babi di Bukit Kayu Hitam

AKPS rampas 2,000 kg daging babi karkas bernilai RM66,000 tanpa dokumen sah di ICQS Bukit Kayu Hitam, susulan larangan import dari Thailand

BUKIT KAYU HITAM: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menggagalkan cubaan membawa masuk 2,000 kilogram daging babi jenis karkas tanpa dokumen import yang sah.

Barangan bernilai anggaran RM66,000 itu ditemui dalam sebuah kenderaan kargo semasa pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam SAC Mohd Nasarudin M. Nasir berkata pengimportan daging babi dari Thailand dilarang sepenuhnya.

Larangan itu berikutan ancaman penyakit African Swine Fever (ASF).

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728 – MAQIS).

Pada hari yang sama, AKPS juga menolak kemasukan sembilan warga asing di pintu masuk yang sama.

Individu terbabit ditolak masuk atas pelbagai kesalahan imigresen termasuk tidak dibenarkan masuk melalui laluan darat.

Mereka juga disyaki bukan pelancong tulen dan tersenarai dalam senarai syak jabatan.

Kesemua sembilan individu itu diarahkan berpatah balik melalui Thailand untuk pulang ke negara asal masing-masing.

Tindakan itu dibuat mengikut Akta Imigresen 1959/63.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings