the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PKPD di asrama pekerja Top Glove Klang bermula 17-30 Nov — Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja Top Glove, Klang bermula esok hingga 30 Nov ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (pix).

Katanya pelaksanaan PKPD di lokaliti itu yang diputuskan pada sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini, melibatkan 13,190 pekerja kilang itu yang menginap di asrama pekerja lelaki dan wanita serta hampir 1,200 penduduk di Jalan Abadi 1A/8, Jalan Abadi 1A dan Jalan Abadi 10A/KU8.

Beliau berkata sehingga kini, hasil saringan Covid-19 yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di kawasan terbabit mendapati sebanyak 215 kes positif Covid-19.

“Pelaksanaan PKPD ini bagi membolehkan KKM terus melaksanakan saringan bersasar kepada pekerja dan penduduk di kawasan tersebut.

Pihak Top Glove juga perlu membuat saringan sepenuhnya kepada semua pekerja di kilang dan di asrama-asrama yang membekalkan tenaga kerja kepada kilang tersebut,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini. — Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mannings continues “Safe Disposal of Unused Medicines Programme” for the fourth year partnering with...

Mannings is expanding its Safe Disposal of Unused Medicines Programme to 75 collection points across Hong Kong. Running from June 26 to July 23, the initiative promotes proper medicine disposal, medication counselling, environmental protection, and safer medication practices through partnerships with community organisations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings