the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Luqman Hakim kembali ke skuad Harimau Malaya selepas kecederaan

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Penyerang Luqman Hakim sifatkan pemanggilan semula ke skuad kebangsaan sebagai rezeki besar selepas pulih daripada kecederaan hamstring

KUALA LUMPUR: Penyerang Negeri Sembilan FC Luqman Hakim Shamsudin menyifatkan kepulangannya ke skuad Harimau Malaya sebagai rezeki besar.

Beliau bergelut dengan kecederaan hamstring selama lebih setahun sebelum kembali mendapat panggilan negara.

Luqman berkata tiada istilah lewat dalam menyahut panggilan negara untuk kem latihan pusat kendalian Peter Cklamovski.

” Ini satu peluang untuk saya tunjuk bahawa saya boleh bersaing dengan rakan-rakan lain,” katanya.

Beliau mengakui perjalanan karier bolasepaknya mengalami turun naik yang mematangkannya sebagai pemain.

” Alhamdulillah setelah sekian lama, tak silap saya hampir setahun lebih saya tidak dapat panggilan skuad kebangsaan, saya rasa bangga dan bertuah.”

Luqman dipanggil menggantikan penyerang Kuching City FC Jordan Mintah yang menarik diri atas masalah kesihatan.

Kali terakhir beliau bersama skuad kebangsaan ialah pada 2022 ketika menentang Singapura.

Beliau percaya latihan intensiti tinggi selama lima hari membantu mengembalikan rentak permainannya.

Luqman juga bersedia beraksi di mana sahaja posisi diberikan ketua jurulatih Cklamovski. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings