the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
31.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

2 lelaki ditahan kes curi kabel di Taiping

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Polis Taiping tahan 2 lelaki syak terbabit kes curi kabel di Jalan Kamunting-Batu Kurau, kedua-duanya ada rekod jenayah lampau.

TAIPING: Dua lelaki ditahan polis atas kes curi kabel di persimpangan lampu isyarat Jalan Kamunting-Batu Kurau berhampiran Kolej Vokasional Taiping.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata suspek berusia 24 dan 34 tahun itu diberkas Bahagian Siasatan Jenayah IPD Taiping semalam.

“Hasil semakan mendapati kedua-dua lelaki mempunyai rekod jenayah lampau masing-masing 10 dan satu rekod,” katanya dalam kenyataan.

Kebanyakan rekod jenayah mereka membabitkan kes curi kabel di sekitar daerah Taiping.

Polis turut merampas sebuah kenderaan Mitsubishi Triton hitam yang dipercayai digunakan untuk kegiatan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dengan kedua-dua suspek direman empat hari bagi siasatan lanjut.

Mohamad Nasir berkata tangkapan itu sebahagian usaha berterusan IPD Taiping membanteras kegiatan curi kabel.

Kegiatan tersebut menyebabkan kerugian harta benda dan menjejaskan kemudahan awam.

“Penduduk setempat diminta terus menyalurkan maklumat kepada polis bagi tindakan segera,” katanya.

Sebelum ini, maklumat daripada seorang remaja membawa kepada penahanan empat lelaki disyaki cuba mencuri kabel di lokasi sama pada 14 November.

Polis berjaya menahan empat suspek tersebut ketika mereka sedang membuka penutup lubang kabel. – Bernama

BACA:

Sindiket curi kabel TM ditumpas, tujuh lelaki ditahan di Setapak

Polis Melaka tumpas sindiket curi kabel, 13 ditahan

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings