Monday, November 24, 2025
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tujuh kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang dilaporkan di KL

Empat tanah runtuh dan tiga pokok tumbang berlaku di sekitar Kuala Lumpur akibat hujan lebat berterusan, pasukan bomba masih pantau lokasi

KUALA LUMPUR: Tujuh kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang dilaporkan di sekitar ibu negara hari ini susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Empat kejadian tanah runtuh dan tiga insiden pokok tumbang telah direkodkan di pelbagai lokasi sekitar Kuala Lumpur.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur memaklumkan tiga kejadian pokok tumbang berlaku di Jalan Ang Seng 4, Brickfields pada 9.24 pagi.

Insiden kedua berlaku di Jalan Langgak Golf, Taman U Thant pada 11.10 pagi manakala yang ketiga di Jalan Kiara 5, Desa Kiaramas pada 5.45 petang.

Semua insiden pokok tumbang dikendalikan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Jalan Hang Tuah, Jalan Tun Razak dan Sri Hartamas.

Empat kejadian tanah runtuh pula dilaporkan di Blok C Pangsapuri Kos Rendah Jalan Sepadu 6, Taman United pada 11.02 pagi.

Kejadian tanah runtuh turut berlaku di Jalan Maarof, Bangsar pada 11.20 pagi dan Jalan Medang Tanduk, Bukit Bandaraya pada 3.24 petang.

Lokasi keempat tanah runtuh adalah di Flat Sri Lempah, Lorong Jugra-Jalan Klang Lama pada 4.32 petang.

Semua lokasi telah dihadiri pasukan bomba yang menjalankan kerja-kerja pemantauan dan penyelamatan.

Pasukan bomba dibantu oleh Unit Kecemasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam operasi berkenaan.

“Pasukan bomba masih berada di lokasi memerlukan pemantauan dan sentiasa bersiap sedia sekiranya berlaku sebarang kejadian kecemasan yang memerlukan tindakan lanjut,” menurut kenyataan rasmi – Bernama

Related

spot_img

Latest

Najib’s house arrest addendum never discussed by Pardons Board

The High Court hears the purported addendum order for Najib Razak's house arrest was never discussed during the Pardons Board meeting, with the government arguing it is legally unenforceable.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories