the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suami pengasuh dipenjara 30 tahun 13 sebatan bunuh, liwat bayi

Seorang penganggur dihukum penjara 30 tahun dan 13 sebatan kerana membunuh dan meliwat bayi lelaki sembilan bulan anak asuhan isterinya

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana membunuh dan meliwat seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan yang merupakan anak asuhan isterinya, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamed Badruldin Mohamed, 40, selepas lelaki itu menukar pengakuan kepada bersalah pada Jumaat lepas.

Hasil laporan bedah siasat mendapati bahawa punca kematian adalah ‘smothering’ atau melemaskan malah sampel asid deoksiribonukleik (DNA) juga mengesahkan terdapat ekstrak sel sperma milik tertuduh pada dubur dan rektum si mati.

Mohamed Badruldin didakwa membunuh bayi berkenaan di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang, di sini, antara 8 pagi dan 3.30 petang, 27 April 2021.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan bagi kesalahan membunuh dan penjara 10 tahun serta satu sebatan atas pertuduhan meliwat.

“Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 29 April 2021,” kata Hakim Aslam.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hasim manakala peguam Azizul Shariman mewakili tertuduh. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Water resources and MyCC among key Dewan Rakyat agenda

Long-term plans to enhance water resource capacity, empowerment of MyCC, and age verification for social media accounts are among matters scheduled for discussion today

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings