the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pengundian awal PRN Sabah bermula hari ini melibatkan 24,426 pengundi

Seramai 24,426 pengundi awal mengundi hari ini di 58 pusat pengundian PRN Sabah, dengan pengiraan undi dilaksanakan pada 29 November

KOTA KINABALU: Seramai 24,426 pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab mereka hari ini dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Daripada jumlah tersebut, seramai 11,697 pengundi terdiri daripada anggota tentera dan pasangan mereka.

Manakala 12,729 lagi merupakan anggota polis serta pasangan.

Sebanyak 58 pusat pengundian awal dibuka serentak di seluruh negeri bermula tepat 8 pagi.

Pusat-pusat ini akan ditutup secara berperingkat mengikut jadual yang ditetapkan.

Antara lokasi pengundian awal ialah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini.

Ibu pejabat polis daerah serta kem-kem tentera di seluruh negeri juga beroperasi sebagai pusat mengundi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir di beberapa tempat di seluruh negeri sepanjang hari ini.

Selepas selesai pengundian awal, semua kertas undi tidak akan dikira serta-merta.

Proses pengiraan akan dilaksanakan semasa hari pengundian pada 29 November ini.

Dengan selesainya proses pengundian awal hari ini, tumpuan kini beralih pada hari pengundian yang dijadualkan pada Sabtu.

Pilihan raya negeri kali ini menyaksikan sebanyak 596 calon bertanding untuk merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Seramai 74 calon bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya ini.

Tempoh berkempen bagi PRN Sabah ke-17 bermula dari 15 November lepas.

Kempen akan berakhir pada 11.59 malam, 28 November. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Chinese ‘Are You Dead?’ app tops charts for solo dwellers

A Chinese app that alerts emergency contacts if users don't check in every 48 hours has become a top paid download, tapping into the anxieties of the country's growing solo population.

Most Viewed

Trump’s China threat in Greenland dismissed by analysts

Analysts challenge Trump's claim of a Chinese military threat in Greenland, citing Beijing's limited Arctic presence and failed investment bids as evidence of minimal influence.
spot_img

Popular Categories