the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, November 25, 2025
26 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPM siasat dakwaan penjualan kertas soalan SPM bocor

Kementerian Pendidikan siasat dakwaan penjualan kertas soalan SPM bocor di media sosial dengan harga RM499 setiap mata pelajaran

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan sedang menyiasat dakwaan berhubung penjualan kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didakwa bocor.

Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad berkata pihaknya menyedari dakwaan yang tular di media sosial beberapa hari lepas walaupun tiada laporan rasmi diterima.

“Ini dalam tindakan Lembaga Peperiksaan dan saya yakin mereka ada prosedur yang betul,” katanya selepas melakukan tinjauan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1).

Beberapa tangkap layar menunjukkan pihak tertentu menawarkan soalan SPM dengan harga serendah RM499 bagi setiap mata pelajaran.

Tawaran itu disertai jaminan pengembalian wang sekiranya calon tidak memperoleh keputusan cemerlang.

Dr Azam menegaskan kertas soalan SPM berada dalam kawalan yang ketat dengan semua prosedur keselamatan dipatuhi.

Beliau berkata tindakan sudah mula diambil termasuk menentukan lokasi simpanan kertas soalan.

“Setidak-tidaknya kita letakkan di lokap-lokap balai polis,” katanya.

Seramai 413,372 calon menduduki SPM 2025 meliputi pelbagai jenis sekolah dan calon persendirian.

Jadual SPM 2025 bermula dengan peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 pada pukul 8.15 pagi.

Peperiksaan disusuli Pendidikan Seni Visual pada 11.45 pagi dan Bahasa Melayu Kertas 2 pada 2.30 petang. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Projek ‘gajah putih’ catat penurunan

Jumlah projek perumahan sakit, lewat dan terbengkalai menunjukkan trend penurunan hasil tindakan pantas Pasukan Petugas Khas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai.

Taiwan Smart Tourism Alliance targets Vietnamese travelers with exclusive Taiwan travel packages

To boost its visibility in Vietnam’s rapidly growing travel market, the Taiwan Smart Tourism Alliance introduced exclusive Taiwan travel perks for Vietnamese customers, including SIM cards and bubble tea gift boxes. The alliance also signed MOUs with SeA Travel and Mustgo in Hanoi, creating overseas business opportunities exceeding USD 800,000.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories