the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 12,000 polis dikerah jaga PRN Sabah Sabtu ini

Lebih 12,000 anggota polis termasuk bantuan dari Sarawak dan Bukit Aman dikerah bagi pastikan kelancaran hari mengundi PRN Sabah ke-17

KOTA KINABALU: Lebih 12,000 anggota polis akan dikerah bagi memastikan kelancaran hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 Sabtu ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata semua persiapan telah dilakukan termasuk perbincangan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Alhamdulillah, PDRM telah bersiap siaga untuk memberikan perkhidmatan terbaik dari segi menjaga keselamatan dan ketenteraman,” katanya kepada pemberita selepas mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Beliau menjelaskan proses mengundi awal membolehkan semua anggota PDRM melaksanakan tanggungjawab pada hari mengundi.

Mengenai kekuatan anggota, Jauteh berkata pihaknya telah mendapat bantuan lebih 1,200 anggota dari IPK Sarawak dan Bukit Aman.

Beliau juga berterima kasih kepada semua pihak atas kerjasama serta kepatuhan terhadap peraturan kempen pilihan raya.

Jauteh berkata walaupun terdapat 85 laporan polis diterima, kesalahan hanya melibatkan isu biasa dan tidak menjejaskan kelancaran kempen.

“Antara kesalahan yang dilaporkan ialah penyalahgunaan media sosial dikatakan melibatkan khianat, kerosakan poster dan bendera,” katanya.

PDRM telah membuka sebanyak 53 kertas siasatan berkaitan laporan tersebut.

Sebanyak 7,288 permit telah dikeluarkan kepada semua pihak terlibat dalam kempen PRN hingga tengah malam semalam.

SPR menetapkan 29 November sebagai hari pengundian manakala undi awal melibatkan 24,426 pengundi terdiri daripada anggota serta pegawai polis dan tentera bersama pasangan masing-masing. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings