the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
26.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Industri lada perlu beralih daripada kejar tingkat pengeluaran kepada kualiti – Noraini

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menggesa industri lada beralih kepada pengeluaran produk berkualiti dan bernilai tinggi.

BETONG: Industri lada negara perlu beralih daripada sekadar mengejar peningkatan pengeluaran kepada menghasilkan produk berkualiti dan bernilai tinggi bagi memastikan pekebun memperoleh pendapatan lebih baik.

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata kejayaan industri agrikomoditi tidak seharusnya dinilai berdasarkan jumlah pengeluaran semata-mata, sebaliknya mengambil kira nilai yang akhirnya diterima pekebun.

Beliau berkata kekuatan Malaysia terletak pada kualiti dan identiti lada Sarawak yang mempunyai kelebihan untuk menembusi pasaran premium antarabangsa.

Sebagai contoh, Malaysia mengeksport 12.8 tan metrik lada putih krim bernilai RM1.024 juta dari 2022 hingga Mei lepas, antaranya ke Jepun dan Vietnam selain menerima permintaan daripada negara Scandinavia. 

“Apabila kualiti memenuhi kehendak pasaran, lada negara boleh dipasarkan pada nilai lebih tinggi,” katanya ketika berucap pada Seminar Kemampanan Industri Lada di Dewan Masyarakat Spaoh dekat sini hari ini.

Noraini berkata di bawah Program Kemampanan Penanaman Lada di Malaysia, kerajaan menyasarkan peluasan tanaman lada premium seluas 750 hektar selain pengurusan 800 hektar tanaman lada matang, dengan tumpuan kepada peningkatan hasil, kualiti dan pendapatan pekebun. 

Beliau berkata Sarawak mempunyai kedudukan penting dalam menentukan masa depan industri lada negara kerana hampir keseluruhan kawasan tanaman lada Malaysia terletak di negeri itu, sekali gus memerlukan kerjasama berterusan antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak. 

Di Betong sahaja, terdapat 5,070 pekebun lada dengan kawasan tanaman seluas 1,102.8 hektar menjadikan komoditi itu antara sumber pendapatan penting masyarakat setempat. 

Noraini berkata industri itu juga perlu memperluas penggunaan teknologi, pengeluaran lada premium dan aktiviti hiliran bernilai tambah supaya matlamat akhirnya bukan sekadar menghasilkan lebih banyak lada, tetapi membina industri lebih kukuh yang memberikan pulangan lebih baik kepada pekebun. 

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img