the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Guru disiplin akui siasatan dalaman kes Zara Qairina tidak dikongsi polis

Guru disiplin SMKA akui lima siasatan dalaman kes Zara Qairina tidak diserahkan kepada polis kerana ia hanya rekod dalaman sekolah

KOTA KINABALU: Seorang guru disiplin mengakui pihak sekolah menjalankan lima siasatan dalaman berhubung insiden menimpa Zara Qairina Mahathir, namun hasil siasatan itu tidak diserahkan kepada polis.

Penolong Ketua Guru Disiplin Nurul Syahadah Ibrahim, 38, berkata laporan berkenaan tidak diserahkan kerana ia hanya rekod dalaman sekolah.

Beliau menyatakan pihak sekolah percaya kepada kredibiliti dan kepakaran polis dalam menjalankan siasatan kes itu.

Siasatan dalaman dijalankan pada 16 dan 17 Julai serta 4, 5 dan 13 Ogos, membabitkan beberapa pelajar termasuk lima pelajar yang dikatakan individu terakhir melihat Zara Qairina.

Proses siasatan dikendalikan melalui sesi soal jawab dan pernyataan bertulis saksi-saksi.

Nurul Syahadah memberi keterangan sebagai saksi ke-54 dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Beliau turut mengakui kelima-lima hasil siasatan itu tidak pernah dilaporkan secara langsung kepada pengetua sekolah.

“M Kami menyerahkan perkara itu kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk dimaklumkan kepada pengetua,” katanya.

Beliau menjelaskan pengetua ketika itu sibuk menyantuni pelbagai pihak termasuk Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri berhubung kes Zara Qairina.

Ketika disoal peguam mewakili ibu Zara Qairina, saksi berkata rekod hasil siasatan tidak didedahkan kepada ibu mangsa.

“Kami tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi, saya tidak ada apa-apa niat, saya juga seorang ibu,” katanya.

Beliau menegaskan tidak bersetuju dengan pendapat bahawa pihak sekolah sengaja tidak mendedahkan perkara itu kepada ibu Zara Qairina.

Mengimbau kenangannya bersama Zara Qairina, Nurul Syahadah berkata beliau tidak mengajar sebarang subjek kepada pelajar itu.

Beliau pernah menerima sebuah bekas pensel sebagai hadiah sempena sambutan Hari Guru pada 20 Mei lepas.

“Saya jarang berinteraksi dengan arwah, jadi saya tidak menyangka arwah akan memberikan hadiah itu,” katanya.

Unit disiplin sekolah juga tidak pernah mengambil apa-apa tindakan terhadap Zara Qairina semasa hayatnya.

Nurul Syahadah mendedahkan Zara Qairina mempunyai hasrat untuk menjadi ahli Badan Dakwah dan Rohani.

“Perkara itu dimaklumkan seorang pelajar kepada saya pada 17 Julai, iaitu selepas arwah sudah ‘tiada’,” katanya.

Beliau ingat seminggu sebelum insiden itu, Zara Qairina ada merancang untuk berjumpa bagi menyertai Badar.

“Itu satu kenangan manis, kerana belum pernah ada pelajar yang menyatakan hasrat untuk menjadi ahli Badar,” katanya.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai.

Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi 16 Julai.

Prosiding inkues bersambung esok. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Addressing medical inflation

Consumers are struggling as medical insurance premiums surge, with over 340,000 dropping coverage amid calls for price regulation and stronger public healthcare

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings