the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Korea Selatan dan Kemboja tahan 26 suspek sindiket penipuan eksploitasi seksual

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Pasukan penyiasat bersama Korea Selatan dan Kemboja tahan 26 individu sindiket penipuan yang memeras wang dan paksa mangsa rakam video eksploitasi seksual.

SEOUL: Pasukan penyiasat bersama Korea Selatan menahan 26 individu berhubung jenayah penipuan yang melibatkan eksploitasi seksual di Kemboja.

Penahanan dilakukan hasil kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, menurut Pejabat Presiden Cheong Wa Dae.

Pasukan petugas terdiri daripada polis Korea dan Perkhidmatan Perisikan Negara (NIS) menahan anggota sindiket itu di Phnom Penh semasa serbuan pada 5 Jan.

Menurut jurucakap presiden Kang Yu-jung, suspek menyamar sebagai agensi kerajaan termasuk pendakwa raya dan pihak berkuasa kewangan.

Mereka memperdaya mangsa agar percaya mereka terlibat dalam kes jenayah dan memeras sebanyak 26.7 bilion won (USD 18.2 juta) daripada 165 rakyat Korea Selatan.

Dalam proses itu, ramai mangsa wanita dipaksa merakam video berunsur eksploitasi seksual atau menghantar gambar lucah.

“Kes ini menunjukkan bagaimana jenayah penipuan berkembang melangkaui sekadar mencuri wang daripada orang awam, sebaliknya mengeksploitasi kelemahan psikologi mangsa secara kejam,” kata Kang.

Beliau menambah kaedah itu memaksa mangsa menghasilkan bahan eksploitasi seksual yang menghancurkan kehidupan mereka.

Pegawai pasukan petugas berkata sindiket jenayah itu melibatkan rakyat Korea Selatan dan kerakyatan suspek akan disahkan selepas mereka dihantar pulang.

Kerajaan akan segera menyekat penyebaran video eksploitasi seksual itu dan membawa pulang suspek ke Korea Selatan untuk dikenakan hukuman.

Tangkapan terbaru ini dibuat ketika Korea Selatan memperhebat usaha membanteras jenayah yang menyasarkan rakyatnya di Kemboja.

Usaha itu termasuk memerangi penipuan dalam talian susulan kes penyeksaan dan kematian seorang pelajar kolej Korea di negara Asia Tenggara itu pada Ogos tahun lalu.

(Bernama-Yonhap)

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings