the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan 40 suspek sindiket penipuan panggilan di Mantin

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Polis Negeri Sembilan menahan 40 individu disyaki terlibat sindiket penipuan panggilan telefon di banglo dan resort terbiar di Broga, Mantin.

SEREMBAN: Polis menahan 40 individu disyaki terlibat dalam sindiket penipuan panggilan telefon dalam serbuan di sebuah banglo dan resort terbiar di sekitar Broga, Mantin dekat sini pada Isnin lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata kesemua suspek berusia antara 19 hingga 63 tahun itu terdiri daripada pasangan suami isteri warga tempatan, warga China (34), Myanmar (tiga) dan seorang dari Taiwan.

Beliau berkata sindiket itu dipercayai menjalankan kegiatan penipuan dengan menyamar sebagai pendakwa raya dan anggota polis China bagi memperdaya mangsa, khususnya warga China termasuk mereka yang menetap di Amerika Syarikat.

“Siasatan awal mendapati sindiket berkenaan menggunakan sebuah resort di atas tanah persendirian yang telah terbiar dan tidak berpenghuni selama hampir empat tahun.

“Kedudukannya terpencil di kawasan luar bandar dipercayai dipilih bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa, namun hasil risikan selama lebih kurang seminggu oleh pihak polis berjaya menumpaskan sindiket yang beroperasi selama sebulan ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Alzafny berkata pemeriksaan pada empat blok bangunan di resort itu mendapati sindiket berkenaan menyewa satu blok untuk dijadikan pusat panggilan bagi menjalankan kegiatan penipuan menerusi aplikasi Microsoft Teams dengan kos sewaan RM20,000.

Beliau berkata sindiket itu dipercayai memperdaya mangsa dengan mendakwa mereka terbabit dalam kes jenayah sebelum menawarkan bantuan bagi mengelakkan mereka daripada ditangkap.

Menurut Alzafny, kesemua suspek warga China ditahan dipercayai berperanan sebagai pentadbir dan pegawai khidmat pelanggan dalam sindiket berkenaan.

“Semakan awal terhadap komputer riba dan telefon bimbit yang dirampas turut menemukan rakaman video sindiket menyamar sebagai pihak berkuasa China serta beberapa skrip dalam bahasa Mandarin yang dipercayai digunakan untuk tujuan penipuan,” katanya.

Beliau berkata dalam serbuan itu, polis merampas 82 telefon bimbit, tiga komputer riba, penghala (router) jenama TP-Link, 16 pasport China, empat tripod, wang tunai RM5,000 serta satu set dokumen perjanjian sewaan atas nama seorang lelaki tempatan berbangsa Cina.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan manakala kesemua 40 suspek direman selama empat hari bermula 13 hingga 16 Okt bagi membantu siasatan.

Alzafny berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap sindiket penipuan yang menjadikan premis di Negeri Sembilan sebagai pangkalan operasi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img