the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, February 2, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

603 kesalahan pilihan raya direkod sepanjang kempen PRN Sabah

SPR catat 603 kesalahan pilihan raya semasa kempen PRN Sabah, termasuk 81 laporan polis dan 5 laporan SPRM, kini dalam siasatan.

PAPAR: Sebanyak 603 kesalahan pilihan raya telah direkodkan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Seri Ramlan Harun menyatakan daripada jumlah tersebut, 81 kes membabitkan laporan polis manakala lima lagi adalah laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Perkara-perkara tersebut kini di bawah tindakan agensi-agensi berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kawang di sini.

Beliau menjelaskan tindakan di bawah SPR pula membabitkan kesalahan kecil seperti pemasangan bahan kempen yang tidak mematuhi peraturan.

Ramlan menekankan SPR telah mengambil tindakan terhadap kesalahan tersebut termasuk menurunkan poster yang tidak sesuai.

Beliau turut menegaskan ketelusan proses pengiraan undi dengan memastikan setiap agen parti berada di setiap meja pengiraan.

“Kita akan pastikan setiap agen hadir sehingga selesai pengkiraan, dan akhirnya kita akan meminta persetujuan daripada agen bahawa proses tersebut telah berjalan dengan lancar,” katanya.

“Selagi agen tidak menandatangani, kita tidak akan menganggap keputusan itu sebagai muktamad,” tambahnya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

‘Exhausting cycle of month-to-month survival’

Young professionals in Greater Kuala Lumpur describe an exhausting cycle of survival as salaries fail to cover rising living costs, with many left with under RM100 monthly.
spot_img

Popular Categories