the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 1, 2025
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Stok vaksin influenza Malaysia cukup sehingga Februari 2026

Stok vaksin influenza dijangka mencukupi sehingga Februari 2026, kata Timbalan Menteri Kesihatan, dengan lebih 2.6 juta dos diimport tahun ini

KUALA LUMPUR: Stok vaksin influenza yang dipasarkan di negara ini dijangka mencukupi sehingga Februari 2026.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata ia berdasarkan maklum balas yang diterima daripada Pemegang Pendaftaran Produk sehingga 24 Oktober lepas.

Beliau berkata Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah melaksanakan mekanisme pelaporan gangguan bekalan secara sukarela mulai 1 Ogos 2025.

“Semakan melalui sistem pelaporan sehingga 18 November 2025 mendapati tiada pelaporan rasmi diterima berkaitan gangguan bekalan vaksin influenza sehingga ke tarikh ini,” katanya di Dewan Negara.

Beliau menjawab soalan Senator Dr A. Lingeshwaran mengenai status terkini stok vaksin influenza memandangkan terdapat peningkatan kes dan permintaan.

Setakat 10 November lepas, fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan mempunyai 4,044 dos dan 2,881 dos vaksin masing-masing untuk petugas kesihatan dan warga emas.

Terdapat tujuh vaksin influenza yang mengandungi virus kurang aktif strain influenza A (H3N2) telah didaftarkan di Malaysia.

Daripada awal tahun 2025 sehingga kini, sebanyak 2,609,235 dos telah diimport ke Malaysia.

Terdapat lima penghantaran berjumlah 429,130 dos yang tiba pada 25 dan 30 November lepas serta 9 Disember 2025.

Menjawab soalan tambahan mengenai kawalan harga vaksin di pasaran swasta, Lukanisman berkata KKM bekerjasama dengan KPDN bagi memastikan tiada penjualan pada harga keterlaluan.

Mengenai program subsidi vaksin influenza, pihaknya akan mempertimbangkan kaedah terbaik dan melihat peruntukan Belanjawan 2026 untuk mengurangkan beban masyarakat.

Sementara itu, Lukanisman berkata KKM sedang mempertimbangkan untuk memperluas Program Penyumberluaran Perkhidmatan Hospital (HSOP).

“Kami fikirkan kaedah sama untuk memberi perkhidmatan bagi allied science sebagai contoh speech therapy yang memerlukan tempoh menunggu sangat panjang,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan mengenai HSOP berikutan kekurangan pegawai skim sains bersekutu. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories