the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kunjungan keluarga diraja Terengganu ubati kesedihan mangsa banjir di PPS

Tengku Muhammad Ismail dan adindanya santuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara Kuala Terengganu, sampaikan bantuan makanan dan kewangan

KUALA TERENGGANU: Kesedihan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Atas Tol di sini terubat dengan keberangkatan Yang Dipertuan Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli bersama dua adinda baginda hari ini.

Tengku Muhammad Ismail, Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Dato Seri Muhammad Mua’az dan Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Datuk Seri Fatimatuz Zahra berangkat tiba di PPS berkenaan pada 10.18 pagi dan meluangkan masa kira-kira 20 minit menyantuni mangsa banjir yang berlindung di PPS itu.

Selain bertanyakan khabar dan berbual mesra dengan mangsa, keluarga diraja turut berkenan menyampaikan sumbangan makanan, keperluan asas, serta bantuan kewangan kurniaan pihak Istana Terengganu kepada mangsa.

Turut mengiringi anakanda-anakanda Sultan Terengganu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Zulkifli Ali.

Selain mengunjungi mangsa banjir di Kuala Terengganu termasuk di PPS SK Atas Tol yang setakat tengahari tadi menempatkan 57 mangsa daripada 40 keluarga, putera dan puteri diraja itu juga berkenan menziarahi mangsa banjir di dua lagi daerah, iaitu di Marang di PPS SK Simpang Rawai dan Kuala Nerus antaranya di PPS SK Bukit Guntung.

Sementara itu, seorang mangsa orang kurang upaya (OKU) Noraini Mohd Yasin,50, berkata meskipun cuaca panas terik sejak semalam, dia masih kekal di PPS berkenaan untuk tempoh satu atau dua hari lagi, kerana jalan masuk ke rumahnya di Kampung Kolam Atas Tol masih digenangi air.

“Pada Jumaat lepas, rumah saya dinaiki air sedalam satu meter hingga menyebabkan saya terpaksa tinggal di PPS ini. Namun hari ini di dalam rumah sudah tiada air tetapi jalan ke rumah pula masih banjir. Mungkin sebab kampung saya itu terletak di kawasan lembah sungai jadi air lambat surut,” katanya yang berkerusi roda sejak 16 tahun lepas akibat kanser saraf.

Dalam pada itu Lamah Abdullah,69, yang tinggal di Kampung Titian Baru di sini berkata dia sudah lali menghadapi banjir sejak kecil lagi.

Namun katanya, banjir kali ini adalah yang terburuk dialaminya apabila air naik ke dalam rumah hingga paras pinggang menyebabkan dia tidak dapat menyelamatkan sebahagian besar barangan dan perabot.

“Rumah makcik pula kalau banjir memang air ‘termenung’. Paling kurang seminggu jugalah air akan surut. Jadi mungkin lama lagi makcik di sini (PPS),” katanya yang berpindah ke PPS tersebut sejak Sabtu lepas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings