the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
32.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hannah Yeoh sahkan FAM syor Ong Kim Swee sebagai Pengarah Teknikal AMD

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KBS sahkan FAM syor Datuk Ong Kim Swee dilantik sebagai Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari, beri peluang anak tempatan di peringkat akar umbi.

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan bekas pengendali Harimau Malaya Datuk Ong Kim Swee telah disarankan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk dilantik sebagai Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata rancangan melantik Kim Swee itu merupakan perkembangan positif.

“Ini memberi peluang buat anak tempatan terlibat dalam program pembangunan bola sepak negara di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata syor itu datang daripada FAM dan keputusan mereka turut dipantau Majlis Sukan Negara (MSN).

Media melaporkan Kim Swee bakal memulakan tugas berkenaan seawal 1 Januari depan.

Beliau dianggap calon tepat memegang jawatan tersebut susulan reputasinya membimbing Harimau Muda merangkul emas bola sepak lelaki Sukan SEA 2011.

Kim Swee ketika ini tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas meninggalkan kelab Indonesia, Persik Kediri.

Mengenai hala tuju Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Hannah berkata MSN terpaksa menangguhkan sementara penyerahan program itu kepada FAM.

Penangguhan itu susulan krisis melanda badan induk bola sepak negara berhubung isu dokumentasi tujuh pemain warisan baru-baru ini.

NFDP yang dilancarkan pada 2014 merupakan program untuk meningkatkan kualiti bola sepak negara di peringkat akar umbi.

Pada 3 November lepas, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menolak rayuan oleh FAM dan tujuh pemain warisan.

Jawatankuasa Rayuan FIFA mengekalkan hukuman terhadap FAM dan tujuh pemain naturalisasi atas kesalahan berkaitan pemalsuan dokumen.

FAM diarahkan membayar denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta).

Setiap pemain dikenakan denda CHF2,000 (kira-kira RM11,000).

Ketujuh-tujuh pemain itu juga digantung selama 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Haze: URTI cases jump nearly 60% to 5,613 in one week – Dzulkefly

Cases of upper respiratory tract infections (URTI) rose by nearly 60% to 5,613 in a single reporting week amid worsening haze conditions, Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad told the Dewan Rakyat today.

Govt reviews electricity tariffs for 2027, with data centres in focus

The government is reviewing the electricity tariff structure for next year to ensure a fairer distribution of costs among households and energy-intensive industries, including data centres, Deputy Prime Minister and Energy Transition and Water Transformation Minister Datuk Seri Fadillah Yusof told the Dewan Rakyat today.

Long Lellang helicopter crash report to be presented to Cabinet tomorrow

The preliminary investigation report into the helicopter crash in Long Lellang, Sarawak, which claimed five lives last month, is expected to be presented to the Cabinet tomorrow (Oct 16).

Most Viewed

spot_img