Singapura menyambut baik kelulusan rasmi Malaysia untuk membuka konsulat di Sabah dan Sarawak, langkah penting untuk perkhidmatan konsular dan hubungan rakyat.
SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong menyambut baik keputusan Malaysia untuk meluluskan secara rasmi cadangan membuka konsulat di Sabah dan Sarawak.
Beliau menyifatkannya sebagai langkah penting dalam memperkukuh hubungan antara rakyat kedua-dua negara.
“Ini akan membolehkan Singapura menyediakan perkhidmatan konsular kepada rakyat Singapura di sana, serta memperdalam hubungan erat yang sedia terjalin antara rakyat kita,” kata Wong pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sidang akhbar itu diadakan selepas Pemukiman Pemimpin Tahunan Ke-12 di sini pada Khamis.
Perkara itu pertama kali dibangkitkan pada pemukiman pemimpin di Putrajaya pada Januari lalu.
Pada masa ini, Singapura mempunyai dua misi diplomatik di Malaysia.
Misi itu ialah Suruhanjaya Tinggi di Kuala Lumpur dan konsulat di Johor Bahru yang memulakan operasi pada 2009.







