the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 6, 2025
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Air pasang besar di Pekan Kukup tarikan pengunjung, peniaga sudah lali

 Fenomena air pasang besar di Pekan Kukup, Pontian tarik pengunjung teruja, namun peniaga tempatan sudah biasa dan anggap ia sebahagian keunikan

PONTIAN: Fenomena air pasang besar di Pekan Kukup, Pontian terus menjadi tarikan pengunjung walaupun bukan perkara baharu bagi penduduk tempatan.

Tinjauan mendapati paras air mula meningkat ke paras betis sekitar 10.45 pagi sebelum melimpah ke laluan utama pekan.

Keadaan itu tidak menghalang pergerakan penduduk dan pengunjung, malah ada yang bermain air sambil merakam gambar.

Peniaga Zaidi Abu Bakar, 52, berkata fenomena itu sudah sebati dengan kehidupan penduduk Kukup selepas lebih 30 tahun berniaga di sana.

“Pengalaman air naik macam ni dah biasa… dulu setahun sekali, tapi sekarang boleh jadi tiga hingga empat kali setahun,” katanya.

Beliau menyatakan pelanggan tetap datang menikmati makanan walaupun air melimpah ke kaki lima kedai.

“Kadang-kadang pelanggan kata suasana macam ni lain daripada tempat lain, sambil makan boleh tengok air naik,” ujarnya.

Peniaga lain, Zulkifli Mohd Hafan, 47, berkata paras air hari ini lebih tinggi berbanding sebelumnya dan semakin kerap berlaku pada hujung tahun.

“Sejak Khamis air dah mula naik. Hari ini sampai bawah lutut,” katanya sambil menyatakan angin kuat dan cuaca mendung mempercepatkan kenaikan air.

Beliau membina tembok kecil untuk menghalang air masuk ke dalam premis perniagaannya.

“Apa pun, kami dah biasa. Pelancong yang datang pun singgah beli makanan, tanya pasal fenomena ni,” tambahnya.

Pengunjung Suziana Md Desa, 33, berkata dia dan keluarganya menantikan fenomena air pasang besar setiap hujung tahun.

Katanya fenomena itu menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negara yang teruja melihat limpahan air laut.

“Saya datang sini bawa anak-anak saudara yang nak mandi dan main air,” kata anak jati Pontian itu sambil menekankan pentingnya penjagaan keselamatan kanak-kanak.

Seorang pengunjung dari Kuala Lumpur, Hafifi, 35, menyifatkan peluang melihat air pasang besar sebagai rezeki semasa bercuti di Johor.

“Saya lebih kepada nak merasai dan melihat keadaan air naik dan seronok tengok kanak-kanak main air,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

A-Level vs Polytechnic: Understanding different pathways offer competitive edge at SIM

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 6 December 2025 - Singapore's education system offers two popular tertiary pathways after post-secondary, A-Levels through Junior Colleges and Polytechnic diplomas.

K. Wah Group Donates Additional HK$12.07 Million for Tai Po Recovery

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 6 December 2025 - K. Wah Group ("the Group") continues to stand in solidarity with the Tai Po community in the aftermath of the recent fire, offering timely support to affected residents and post-disaster recovery efforts.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories