the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan dua remaja lelaki selepas video basikal lajak tular

Dua remaja ditahan polis selepas video aksi berbahaya menunggang basikal lajak dan melanggar lampu isyarat di Subang Jaya tular di media sosial.

SUBANG JAYA: Polis menahan dua remaja lelaki selepas video aksi berbahaya mereka menunggang basikal lajak tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata kedua-dua remaja itu ditahan di Bukit Lanchong, Shah Alam, semalam.

Satu laporan polis dibuat pada 5.13 petang semalam berhubung video yang tular di aplikasi TikTok itu.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 4 Dis lepas, kira-kira 5.55 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Putra Heights.

Remaja itu datang dari arah Persiaran Putra Perdana menghala ke Kampung Tengah ketika kejadian.

“Mereka didapati menunggang secara berbahaya dengan melanggar lampu isyarat merah dan hampir merempuh sebuah kereta sedang bergerak lurus ketika lampu isyarat hijau,” katanya.

Wan Azlan berkata tindakan melulu tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Insp Mohd Azizul Hakim Roslan di talian 011-28914495.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories