the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kanak-kanak empat tahun maut lemas di Port Dickson

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas lemas di sebuah kolam inap desa di Port Dickson, dengan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

PORT DICKSON: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas lemas di sebuah kolam inap desa di Batu 4 Jalan Pantai di sini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Maslan Udin berkata pihaknya dimaklumkan kejadian oleh Bahagian Kecemasan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada 8.40 malam.

Beliau berkata mangsa menerima rawatan awal di Hospital Port Dickson sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik HTJ kira-kira 6 petang.

Siasatan awal mendapati kolam itu sedalam kira-kira 1.5 meter dan sembilan meter panjang.

Kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories