the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 11, 2025
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Vietnam dan Malaysia selamatkan 15 kru kapal kargo dalam kecemasan

Unit SAR maritim Vietnam dan Malaysia bekerjasama menyelamatkan 15 kru kapal KAYO yang senget di perairan Malaysia, kali kedua kerjasama tahun ini

HANOI: Unit mencari dan menyelamat maritim Vietnam dan Malaysia telah bekerjasama untuk menyelamatkan sebuah kapal kargo asing yang mengalami kecemasan di perairan Malaysia, sekali gus menyelamatkan kesemua 15 kru di atas kapal, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Ini merupakan kali kedua tahun ini Pusat Penyelarasan Mencari dan Menyelamat Maritim Vietnam (Vietnam MRCC) bekerjasama dengan Malaysia MRCC dalam melaksanakan operasi seumpama itu di perairan Malaysia.

Dalam insiden terbaharu, kapal kargo KAYO yang berdaftar di St. Kitts & Nevis dan membawa muatan tanah liat sedang dalam pelayaran dari Pelabuhan Lumut Malaysia ke Hon Gai di wilayah Quang Ninh, Vietnam.

Kapal itu membawa 15 kru, terdiri daripada 13 warga Vietnam, seorang warga India dan seorang warga Bangladesh.

Pada malam 5 Dis, ketika kapal itu berada kira-kira 65 batu nautika di timur pantai Malaysia, KAYO senget 15 darjah ke kanan dan menjadi tidak stabil.

Kapten kapal segera menghantar isyarat kecemasan meminta bantuan segera. Semasa kejadian, kawasan berkenaan mengalami angin timur laut pada Skala 4 hingga 5 dan ombak setinggi 1 hingga 2 meter.

Selepas menerima isyarat mayday, Vietnam MRCC telah menghubungi Malaysia MRCC dan memohon bantuan segera bagi memastikan keselamatan kru KAYO.

Malaysia MRCC bertindak pantas dengan menghantar kapal Pengawal Pantai KM SEBATIK, yang segera tiba di lokasi, menyelamatkan semua kru dan mengiringi kapal yang dalam kecemasan itu ke kawasan berlabuh berdekatan Pelabuhan Kemaman, Malaysia. Semua anak kapal selamat dan berada dalam keadaan stabil.

Pada 11 Jan, kedua-dua pihak turut bekerjasama menyelamatkan 18 kru warga Vietnam dari kapal Dolphin 18 yang berdaftar di Vietnam selepas kapal itu mengalami insiden di perairan Malaysia. – Bernama-VNA

Related

spot_img

Latest

IKIGAI Corporation Opens New Vietnam Headquarters, Advancing a Vision for Global Harmony and a Better World

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 10 December 2025 – IKIGAI Corporation, a Japan-originated multi-sector enterprise, today announced the opening of its new headquarters at 87–97 Bach Dang, Tan Son Hoa, Ho Chi Minh City, marking a major milestone in its expansion into Vietnam and underscoring its long-term commitment to responsible, sustainable, and globally minded growth.

How Huawei is Helping Build South Africa’s New Digital Highway

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 10 December 2025 - Across South Africa, millions still struggle to get online, limiting access to education, jobs, and opportunity. As the government accelerates its SA Connect broadband strategy, Huawei and Broadband Infraco are helping extend high-speed connectivity to underserved communities.

Hong Kong reclaims top global IPO spot in 2025, says KPMG

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 10 December 2025 - Hong Kong has reclaimed the top spot in global IPO market rankings for the first time since 2019, driven by a record number of A+H listings that contributed over half of total funds raised, according to KPMG's latest Chinese Mainland and Hong Kong IPO Markets 2025 Review and 2026 Outlook.

Hong Kong Kicks Off One-Year Countdown to the XXVIII ANOC General Assembly 2026

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 10 December 2025 - The Steering Committee for the XXVIII Association of National Olympic Committees (ANOC) General Assembly today hosted a one-year countdown kick-off press conference at the Royal Hong Kong Yacht Club, signalling a significant milestone in the preparations for this prestigious international event.

Bupa Hong Kong Broadens Network Across Hong Kong and Mainland China, Offering Access to Over 6,500 Hospitals and Service Points

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 10 December 2025 - Bupa Hong Kong ("Bupa") is proudly expanding its healthcare network to offer customers seamless, personalised and comprehensive care across Mainland China and Hong Kong.

Most Viewed

Over 500,000 evacuated as Thailand-Cambodia border conflict reignites

More than half a million people have fled homes...
spot_img

Popular Categories